Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kedai (kata nama)
Bersinonim dengan gerai, toko, warung, bangsal, stor, wisma dagang, pasar, studio, butik, lepau;,
Kata Terbitan : berkedai, mengedaikan, pekedai,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya hendak membeli buku Mukadimah Ibnu Khaldun terbitan DBP...namun telah kehabisan stok di kedai-kedai buku yang telah dikunjungi...Bagaimana caranya?Puan boleh cuba menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP melalui talian 03-2147 9677 atau 03-2147 9678 untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain13.07.2016
boleh tak jika saya mempamerkan iklan bertajuk Kedai Buku e- BooksJika kedai buku itu didaftarkan sebagai e-Books, nama itu boleh digunakan. Pastikan keterangan iklan "KEDAI BUKU" di bahagian paling atas.Lain-lain12.03.2015
Saya ingin mengutarakan 2 soalan. 1. Sekiranya ada cadangan untuk Kedai Buku DBP yang utama ( flagship bookstore ), dapatkah ia disatukan dengan perpustakaan DBP? 2. Dapatkah Kedai Buku DBP menjual buku bahasa Inggeris sebagaimana yang dilakukan oleh Popular Bookstore dan Kinokuniya Bookstore? Terima Kasih

1. Untuk makluman saudara, Kedai Buku DBP diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi DBP manakala Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) pula merupakan salah satu bahagian dalam DBP. Kedai Buku dan PDM merupakan dua entiti yang berbeza.

2. Keutamaan hanya pada buku-buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu sahaja.

Lain-lain02.03.2009
Dimana boleh saya dapatkan terjemahan bahasa melayu buku 'Huntington-clash of civilizations?

Saudara Yieba,

Sila kunjungi kedai-kedai buku di bandara raya atau di tempat saudara dan juga perpustakaan.

Lain-lain28.03.2010
salam sejahtera saya ingin tanya mengenai ayat dibawah 1. Miki membeli sebuah buku di kedai buku. 2. Miki membeli sebuah buku dari kedai buku. saolan: Adakah kedua-dua ayat diatas betul? Sekian,terima kasihSalam sejahtera kembali.

Ayat yang paling tepat ialah 1. Miki membeli sebuah buku di kedai buku.
Tatabahasa16.11.2017
saya sedang mencari artikel sipnosis novel Rentong.boleh tak pihak tuan emailkan pada saya sipnosis rentong bagi rujuk saya utk kerja kursus saya.Saudara boleh merujuk sinopsis tersebut pada novel itu sendiri di kedai-kedai buku, Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau IPTA yang berkenaan.Sastera27.04.2012
Salam antara ayat berikut yang manakah betul? 1. Tolong temankan saya ke kedai buku. 2. Tolong temani saya ke kedai buku. Apakah alasannya? Terima kasih.Ayat yang betul ialah 1. Tolong temankan saya ke kedai buku. Akhiran kata kerja -i dan -kan diterangkan dengan jelas dalam buku Tatabahasa Dewan, mulai halaman 183. Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja tanpa yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan dalam ayat suruhan. Kata Kerja akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Persamaan antara kedua-dua akhiran ini ialah kedua-duanya membawa maksud kausatif. Perbezaannya pula ialah akhiran -kan mengandungi unsur benafaktif, manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif. Untuk melihat contoh ayat yang digunakan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa23.05.2013
Adakah pihak DBP mengeluarkan edisi baru bagi buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia selepas cetakan ketiga yang berwarna ungu ( kulit buku )? Selama ini saya telah cuba mencari di kedai-kedai buku tempatan tetapi dimaklumkan tiada cetakan edisi baru.Untuk makluman saudara, buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia yang dimaksudkan tidak lagi dicetak baru, sebaliknya DBP telah menerbitkan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua yang lengkap dan memuatkan daftar kata bahasa Melayu A-Z, Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Ejaan Jawi dan Sebutan Baku. Saudara boleh mendapatkan buku tersebut di kedai buku atau terus menghubungi kedai buku DBP di ibu pejabat.Lain-lain20.07.2009
Naim Al-Kalantani Oct 8th, 6:53pm Selamat petang. Setahu saya DBP sudah mula mencetak kembali buku-buku yang dulunya tidak dicetak kerana ada 'konflik' dengan DAWAMA. Saya ingin tanya, di mana boleh saya lihat katalog buku-buku terbitan yang baru ini seperti Hikayat Iskandar Zulkarnain?Terima kasih tuan. Tuan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya tuan akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain08.10.2015
Su Yang Oct 5th, 10:14pm Salam. Sy nak beli buku2 atau cerpen lama karya azizi hj abdullah seperti seorang tua di kaki gunung, karya senjakala..authornya sy agak lupa..mungkin pramoedeya anantoer..bagaimana ya?Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain05.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas