"Kempen Memboikot Kedai Makan Mencekik Darah" atau "Kempen Boikot Kedai Makan Cekik Darah"? atau jawapan lain yang lebih tepat? | Kempen Memboikot Kedai Makan Cekik Darah. Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Empat, cekik darah bermaksud memeras (wang, tenaga, dll). | Tatabahasa | 26.06.2011 |
salam perpaduan. Bagaimana ayat sepetutnya untuk papan iklan berikut. KEDAI MAKAN GAILUN & CATERING. | Kedai Makan dan Katering - keterangan aktiviti dan letaknya di bahagian atas sebelah kiri, manakala Gailun ialah nama kedai, letaknya di bahagian tengah iklan dan saiznya lebih kecil daripada keterangan aktiviti. | Lain-lain | 19.05.2011 |
1.apakah istilah yang paling sesuai digunakan untuk seseorang yang melakukan kerja membancuh air di kedai makan? 2.saya difahamkan ayat "novel ini mengisahkan tentang percintaan dua orang remaja" adalah salah.saya ingin mengetahui mengapakah ayat ini dianggap ayat yang salah. | 1. Boleh digunakan "pembancuh air" tetapi lazimnya kita menggelar mereka pembantu di kedai makan. 2. Mengisahkan ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek (percintaan) selepasnya. Oleh itu, kata sendi nama tentang tidak boleh hadir selepasnya. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
Saya ingin menanyakan sama ada penggunaan perkataan "Bistro" sesuai untuk sebuah kedai makan delica di dalam hypermarket. Semakan di dalam PRPM, Bistro ditakrifkan sebagai restoran kecil. Adakah penggunaan Bistro juga dikaitkan dengan restoran yang menyediakan minuman beralkohol? | Untuk makluman, perkataan "bistro" terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat dan maksudnya ialah restoran kecil. Dari segi bahasa Melayu, pihak DBP tidak mempunyai sebarang masalah tentang penggunaan perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, puan perlu merujuk kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengetahui sama ada bistro boleh digunakan dalam konteks yang diterangkan. | Istilah | 07.05.2012 |
Yang manakah yang lebih tepat "Kedai Makan Yaakob" atau "Kedai Makanan Yaakob"? | Untuk makluman sdr., kedua-dua frasa ini boleh digunakan. | Tatabahasa | 04.09.2007 |
1) Adakah perkataan jatuh boleh digunakan dalam ayat di bawah meskipun dalam kamus dewan edisi keempat ada menyatakan jatuh juga bermaksud terbenam. - Para pelancong terpegun melihat matahari jatuh di kaki langit. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur bahasa? - Jamil hanya makan rambutan satu biji sahaja. -Ayah membeli kereta baru di kedai itu. - Banyak murid pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. | 1) Dalam konteks ayat tersebut, penggunaan yang betul ialah terbenam. 2) Jamil hanya makan rambutan satu biji sahaja. Apabila didahului kata hanya, kata sahaja tidak perlu hadir dalam ayat tersebut. 3) Ayah membeli kereta baharu di kedai itu. Betul. 4) Banyak murid pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. Kata dengan dan menaiki tdak iboleh hadir secara berturutan. | Tatabahasa | 02.08.2013 |