saya memohon untuk lesen papan tanda kedai KEDAI SERBANEKA. | Untuk makluman, penggunaan bahasa Melayu dalam visual adalah betul. Walau bagaimanapun, untuk mendapat sijil pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Tuan perlu mendaftar dahulu untuk mendapat kata laluan. Setelah mendapat kata laluan, isi borang permohonan dan lampirkan visual dalam bentuk jpeg atau gif. | Lain-lain | 04.06.2014 |
Adakah penggunaan jenis aktiviti Kedai Serbaneka boleh di anggap sebagai aktiviti perniagaan? | Betul, Kedai Serbaneka ialah aktiviti perniagaan. | Tatabahasa | 16.05.2011 |
Salam....adakah frasa ayat "Kedai Serbaneka" adalah betul dan boleh diguna pakai untuk papan iklan? | Kedai serbaneka - betul dan boleh digunakan untuk papan iklan. | Makna | 29.09.2011 |
assalamualaikum tuan, pertanyaan saya adalah: 1)permohonan untuk menyemak perkataan 'KEDAI SERBANEKA' kepada tulisan jawi. 2)permohonan untuk menyemak font (UTHMAN TAHA) yang digunakan. SEKIAN, TERIMA KASIH | Tulisan Jawi untuk "KEDAI SERBANEKA" ialah کداي سربانيک | Lain-lain | 14.11.2019 |
apakah maksud yang tepat dengan kedai runcit, kedai serbaneka dan pasar mini ? | Kedai runcit ialah kedai yang menjual barang-barang sedikit-sedikit kepada pengguna. Kedai serbaneka pula ialah kedai yang menjual aneka jenis barang manakala pasar mini ialah kedai moden yang saiznya tidak berapa besar yang menjual barang-barang makanan biasanya dalam tin, bungkusan dan sebagainya dan barang-barang keperluan harian secara layan diri. | Makna | 25.04.2019 |
KEDAI SERBANEKA PORAN FOODS (M) SDN BHD | Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 09.10.2015 |
Salam Sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin memohon bantuan untuk mengesahkan bahasa jawi yang betul untuk beberapa perkataan. Dimana dan bagaimanakah saya boleh mengesahkan perkataan di bawah? Kedai كداي Kedai Serbaneka كداي سربانكا Kafe كافي Stesen Minyak ستيسين ميڽق Terima kasih atas pertolongan Tuan dan Puan. Sekian. | Betulkan ejaan Serbaneka سربانيک | Lain-lain | 21.11.2017 |
Adakah "Kedai Serbaguna" merangkumi kedai makan atau restoran? | Untuk makluman, tidak ada istilah kedai serba guna, sebaliknya yang tepat ialah kedai serbaneka. Akan tetapi, kedua-duanya berbeza daripada kedai makan atau restoran. | Lain-lain | 24.02.2017 |
Mengapakah Jabatan Lesen DBKL memerlukan khidmat nasihat DBP bagi memantau bahasa di lesen iklan? Bolehkah sekiranya saya menggunakan perkataan Bahasa Inggeris pada papan iklan milik stesyen minyak saya? Contoh perkataan 'Convenience Shop'? Minta penjelasan. Terima Kasih | Dimaklumkan selaras dengan UKK (3) Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982, penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah diberi keutamaan dari segi saiz perkataan, warna dan kedudukannya pada iklan papan tanda. Dewan Bahasa dan Pustaka diberi tanggungjawab untuk melaksanakan perkhidmatan pengesahan bahasa di papan tanda iklan. Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan perancang bahasa negara bertanggungjawab dalam usaha membina dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara Malaysia.Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, perkhidmatan dan penyebaran. Saudara boleh merujuk syarat-syarat permohonan iklan papan tanda premis yang dikeluarkan oleh DBKL untuk memahami lebih lanjut penggunaan bahasa Malaysia dalam iklan. Perkataan "Convenience Shop" perlu diterjemah ke bahasa Melayu. Cadangan terjemahan kami ialah Kedai Serbaneka. | Lain-lain | 15.04.2013 |