Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan memberdaya tiada dalam rujukan kami, yang ada ialah perkataan mendayai atau kedayaan bagi maksud memberi tenaga atau kebolehan membuat sesuatu. Manakala memperkasakan pula bermaksud menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dan sebagainya). Daripada huraian di atas menunjukkan bahawa kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksud yang berbeza.
Thanks for clicking. That felt good.