Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.de.gi.lan] | کدݢيلن

Definisi : perihal (sifat, sikap, dan sebagainya) berdegil, ketegaran, kekerasan hati: kerana kedegilan mereka¬lah maka mereka menjadi mangsa kemalangan bom itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.de.gi.lan] | کدݢيلن

Definisi : keadaan atau sifat degil; ketegaran: Oleh sebab ~nyalah, maka dia tidak dipedulikan oleh gurunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedegilan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya. 2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu.Sila jelaskan soalan saudara, walau bagaimanapun kedua-dua ayat tersebut betul, iaitu:
1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya
2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu.
Tatabahasa26.04.2012
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai perkataan "rigid". Adakah perkataan ini terdapat di dalam kamus bahasa?. Ayat yang ingin dibina. "Peraturan yang dikuatkuasa tidak rigid dan ia adalah tertakluk kepada budi bicara pegawai dan warga yang bertugas".

Perkataan rigid tidak ada dalam Kamus Dewan.  DBP tidak menggunakan perkataan "rigid" dalam bahasa Melayu  sebaliknya menggunakan "tegar". Maksud "tegar" dalam Kamus Dewan1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; bertegar berkeras (berdegil dll), berkeras hati; menegarkan menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan; ketegaran kekerasan hati, kedegilan: kega­gal­an dan kelambatan mencapai perda­maian selalu dikaitkan dgn ~ kerajaan Barat. 

Tatabahasa17.07.2018

Kembali ke atas