Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.de.kut] | کدکوت

Definisi : sangat berkira-kira hendak membe­lanjakan wang, bakhil, kikir, lokek, pelit: ~ benar ayahnya, tidak mudah memberinya wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.de.kut] | کدکوت

Definisi : tidak mudah mengeluarkan wang atau harta; lokek; bakhil; kikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedekut (adjektif)
Bersinonim dengan bakhil, kikir, lokek, kerekot, kekel, kupit, sekut, okok, medit, pelit, kejam.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? Saya bukan kedekut atau Saya tidak kedekut. Kata nafi bukan mesti diikuti dengan kata nama atau kata sendi nama tetapi berdasarkan apa yang dicari macam Saya bukan kedekut adalah betul walaupun kedekut ialah kata adjektif dan sepatutnya guna tidak kedekut.Kedua-dua ayat tersebut betul. Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama, Contohnya, Makanan itu bukan untuk Ratna. Kata nafi "tidak" pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya, Bapanya tidak turun ke sawah hari ini. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif, jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, seperti Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja.Tatabahasa30.10.2020
Salam sejahtera, tuan. Ayat: Walaupun dia kaya, tetapi dia kedekut. Adakah walaupun...tetapi boleh digunakan dalam satu ayat? Adakah ayat berikut lebih tepat, walaupun dia kaya, dia kedekut. Terima kasih."walaupun ... tetapi" bukan kata hubung berpasangan. 
Ayat yang tepat: Walaupun dia kaya, dia kedekut.
Lain-lain06.03.2021
Tuan, Ayat berikut adalah gramatis ? 1) Walaupun beliau sangat kaya tetapi beliau sangat kedekut. 2) Walaupun beliau sangat kaya namun beliau sangat kedekut. 3) Bolehkah 'walaupun' berpasangan dengan 'tetapi'? Terima kasihDalam ayat contoh yang diberikan, saudara hanya perlu menggunakan perkataan walaupun, kemudian diletakkan tanda koma (,) sahaja, tidak diikuti oleh tetapi. Contoh ayat: Walaupun beliau sangat kaya, beliau sangat kedekut. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 253.Tatabahasa11.07.2016
"tangkai jering" bermaksud "orang yang kedekut" mengapakah ia membawa maksud kiasan demikian?Tidak ada maklumat dalam sumber rujukan kami yang menyatakan etimologi dan latar cerita 'tangkai jering' dikiaskan kepada orang yang kedekutTatabahasa06.04.2011
Bolehkah 'walaupun' digunakan bersama-sama dengan kata 'tetapi', misalnya: "Walaupun dia kaya tetapi dia kedekut".Berdasarkan ayat yang telah diberikan oleh saudara ini, "walaupun" boleh digunakan bersama "untuk" bagi menunjukkan ayat yang orang kaya itu memang kaya, tetapi beliau memiliki sifat kedekut. Bagi membantu juga, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan.Lain-lain19.11.2007
Apakah peribahasa 'Ketam Batu'Ketam batu maksudnya sangat kedekut.Lain-lain26.06.2008
Salam.jika orang bodoh dan tidak mahu bertanapaya digelar bodoh sombong,apakah peribahasa untuk orang yang pandai tetapi sombong dan kedekut ilmu?Berdasarkan sumber rujukan kami, tidak ada maklumat tentang peribahasa yang diperlukan. Sila rujuk buku peribahasa dengan melihat satu per satu entri peribahasa dalam buku tersebut.Lain-lain20.07.2012
Dari manakah asal usul Simpulan bahasa dibawah berikut beserta tarikh mula digunakan di dalam bahasa melayu. Otak udang Tangkai Jering Durian runtuh Anak Emas Ajak-ajak ayam Malu-malu kucing Mati katak Pisau cukur Ringan tangan Serkap jarang

Makna tangkai jering - orang yang kedekut, durian runtuh - mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah, anak emas - sangat dikasihi ibu bapanya atau majikan. Ajak-ajak ayam - pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan di pusat bahasa IPTA ata perpustakaan yang berdekatan. Kami di DBP sangat mengalu-alukan kedatangan saudara/ saudari ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk membaut rujukan.

Lain-lain21.02.2010
Adakah boleh memulakan ayat dengan perkataan "sebaliknya"?

Sebaliknya ialah penanda wacana jenis penghubung tentangan yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu yang baharu diperkatakan dengan yang sebelumnya dalam wacana yang sama. Penggunaan penanda wacana ini boleh digunakan di pangkal ayat, contoh ayat “Dia bersifat kedekut. Sebaliknya, adiknya bersifat pemurah.”

Untuk maklumat lanjut mengenai penanda wacana, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 525-529.

Tatabahasa11.05.2025
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut:  "baik hati" =  suka menolong, mudah simpati dan pengasih,  "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang,   "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia,  "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran"  = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta.  "Kecekalan" =  ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati.  "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin).  "Persaudaraan"  = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum.  "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi.Istilah07.11.2010
12

Kembali ke atas