Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedengaran 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Semua penduduk kampung tidak tahu akan asal usul pemuda itu. 2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup. 3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan. 4. Dia masih berhutang kepada / pada bank. 5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan. Terima kasih.1. Semua penduduk kampung tidak mengetahui asal usul pemuda itu.
2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup.
3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan.
4. Dia masih berhutang dengan bank.
5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan.
Tatabahasa15.01.2013
Apakah perbezaan sunyi dan senyap ? Kedua-dua ialah sinonim atau bukan ? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, senyap bermaksud 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri. Sunyi pula bermaksud 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa. Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan ini adalah sama maknanya.Istilah11.11.2010
IMBUHAN APITAN,, KE--AN,, DIKATAKAN BOLEH JADI KATA KERJA UNTUK AYAT PASIF!!!!! PERSOALANNYA IALAH BAGIMANA NAK TUKARKAN AYAT AYAT dibawa INI KEPADA AYAT AKTIF????((1)Malam tadi jiran saya kecurian(2)Sayup-sayup suara azan kedengaran (3) Badannya berpeluh kerana kepanasan (4 ) Dia kehujanan dijalan )) sila rujuk TATABAHASA DEWAN M.S(213) DALAM BAB 7 KATA KERJA ,,,,,,,,,,,,,,,,, TOLONG BERIKAN JAWAPAN LENGKAP ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Saudara Wan,

Ayat pasif dengan perkataan berimbuhan di... boleh diaktifkan dengan kata kerja berimbuhan meN.... Walau bagaimanapun bagi ayat pasif dengan perkataan berimbuhan apitan ke...an , ayat aktifnya tidak terbentuk demikian.  Dalam hal ini ayat aktifnya dibentuk dengan mengenal pasti  subjek yang melakukannya. Contoh: Orang ramai mendengar suara azan  sayup-sayup.  

Tatabahasa21.06.2009
1. Apakah perbezaan antara baru dan baharu? 2. Yang manakah ejaan yang betul, samada sedasawarsa atau sedasawasa yang bermaksud dewasa ini? Terima kasih.Untuk makluman, baharu ialah kata adjektif manakala baru merujuk kepada kata bantu untuk masa. Sebagai perbandingan, kata baru dalam bahasa Melayu dapat disamakan dengan kata just dalam bahasa Ingeris. Manakala kata baharu dapat disamakan dengan kata new dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh perbandingan penggunaan kedua-dua kata ini seperti yang berikut: 1. Surat itu baru sahaja diterima oleh emak pagi tadi. 2. Baru-baru ini harga petrol telah naik secara mendadak. 3. Baru sahaja Amin membuka pintu, kedengaran seseorang memanggilnya dari luar pagar rumahnya. 4. Kami mengucapkan selamat tahun baharu kepada keluarga Ah Chew. 5. Ali kelihatan bergaya apabila memandu kereta baharu yang dibelinya semalam. Ejaan yang betul ialah sedasawarsa yang bermaksud dekad.Tatabahasa14.06.2009
Tuan/Puan, Sila rujuk lampiran fail. Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang mungkin. Sekian terima kasih.1. Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Contoh FA: kacak sungguh. Contoh ayat FN + FA : Orang muda itu +  kacak sungguh.2. Burung pucung ialah burung yang tinggi, lemah-lembut dan panjang kakinya. Sebelum menangkap ikan ataupun katak dengan paruhnya yang panjang, burung pucung akan menunggu dengan sabar untuk haiwan itu berenang di depannya.  Nya berfungsi sebagai pembenda. Contoh: ...perkataan yang mengikutinya; Ejaannya ialah...3. Ialah untuk kata nama.4. Dalam buku  Tatabahasa Dewan, ia ialah kata ganti nama orang ketiga. 5. Rusa itu berlari ke dalam hutan tetapi tanduk rusa tersangkut pada dahan-dahan pokok. Rusa bertambah takut apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Rusa cuba melepaskan tanduknya  daripada dahan-dahan itu. Akhirnya, kaki rusa yang kuat itu dapat menolong rusa melepaskan diri.Rusa itu berlari ke dalam hutan tetapi tanduk rusa tersangkut pada dahan-dahan pokok. Rusa bertambah takut apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Rusa cuba melepaskan tanduk‘nya’ daripada dahan-dahan itu. Akhirnya, kaki rusa yang kuat itu dapat menolong rusa melepaskan diri. 6.          Ya. 7.         Ayat yang betul adalah seperti berikut:(h) Budak itu pelukis yang handal. (i) Singa haiwan yang memakan daging.(j) Perkara itu menjadi buah mulut orang ramai. Tatabahasa30.07.2011
Saya ada satu soalan untuk diutarakan berkaitan penggunaan perkataan BARU dan BAHARU. Saya dapati terdapat banyak iklan-iklan di televisyen sekarang menggunakan perkataan BAHARU. Adakah penggunaanya betul? Setahu saya BAHARU meruapakan perkataan lama yang sudah digantikan dengan perkataan BARU dan BAHARU digunakan untuk ibu negeri Johor iaitu Johor Baharu. Saya harap pihak DBP dapat menjawab soalan yang saya utarakan ini. Terima Kasih.Pengguna atau penutur bahasa Melayu kadang-kadang terkeliru tentang penggunaan kata baharu dan baru. Untuk makluman, baharu ialah kata adjektif manakala baru merujuk kepada kata bantu untuk masa. Sebagai perbandingan, kata baru dalam bahasa Melayu dapat disamakan dengan kata just dalam bahasa Ingeris. Manakala kata baharu dapat disamakan dengan kata new dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh perbandingan penggunaan kedua-dua kata ini seperti yang berikut: 1. Surat itu baru sahaja diterima oleh emak pagi tadi. 2. Baru-baru ini harga petrol telah naik secara mendadak. 3. Baru sahaja Amin membuka pintu, kedengaran seseorang memanggilnya dari luar pagar rumahnya. 4. Kami mengucapkan selamat tahun baharu kepada keluarga Ah Chew. 5. Ali kelihatan bergaya apabila memandu kereta baharu yang dibelinya semalam. 6. Kami sekeluarga sedang menonton drama kesukaan ramai, Dunia Baharu Anita. Setiap penutur boleh sahaja memberikan tafsiran tentang asal usul sesuatu perkataan itu. Mungkin dalam hal ini, saudara boleh mendapatkan Kamus Etimologi dan Kamus yang ditulis oleh Wilkinson untuk melihat tentang pembinaan sesuatu perkataan atau ejaan itu. Ejaan untuk Johor Baharu yang diguna pakai sekarang ini ialah Johor Bahru. Terima kasih.Makna29.10.2008

Kembali ke atas