1. Bagaimana pengguanaan yang betul bagi tanda "/"? contoh: Tanah mestilah bebas daripada sebarang binaan/ bangunan kediaman di atasnya. atau Tanah mestilah bebas daripada sebarang binaan atau bangunan kediaman di atasnya. 2. Apabila dibaca, adakah maksud ayat tersebut adalah "binaan atau bangunan kediaman" atau "binaan kediaman atau bangunan kediaman"? | 1. Berdasarkan buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 127, tanda garis miring (/) digunakan sebagai: (a) Pengganti kata “dan”, “atau” dan “per”. (b) Penulisan nombor alamat. (c) Nombor rujukan surat rasmi. (d) Penanda yang memenggal ayat. Perkataan sebelum dan selepas tanda miring (/) perlu dirapatkan. Dalam konteks soalan yang diajukan, kedua-dua contoh ayat yang diberikan adalah betul. (a) Tanah mestilah bebas daripada sebarang binaan/bangunan kediaman di atasnya. (b) Tanah mestilah bebas daripada sebarang binaan atau bangunan kediaman di atasnya. 2. Frasa yang sesuai dalam ayat ini ialah binaan atau bangunan kediaman. Perkataan kediaman tidak perlu diulang bagi mengelakkan kelewahan dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman sesawang Khidmat Nasihat Bahasa DBP, http://kndbp.dbp.gov.my/ | Tatabahasa | 29.05.2024 |
KEDIAMAN SUPERLINK 2-TINGKAT 26' x 75' YANG PERTAMA DI NILAI IMPIAN | Untuk pengesahan iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan sila ikuti arahan selanjutnya. | Lain-lain | 14.09.2011 |
Boleh Tuan bantu, ayat yang mana satu yang betul? 1) di tempat kediaman terakhir yang diketahui atau 2) di tempat kediaman diketahui terakhir. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah ...di tempat kediaman terakhir yang diketahui... | Tatabahasa | 20.08.2013 |
Adakah struktur ayat-ayat dan ejaan berikut betul : 1) Kediaman impian yang dipenuhi ketenangan. 2) Gaya hidup selesa dan eksklusif di samping kawasan menghijau. 3)24 unit kediaman eksklusif dengan privasi tinggi. 4) Kediaman mesra alam. 5)Taman Desa Ros Residensi, dibina dengan visi yang ingin menawarkan kehidupan eksklusif, persendirian dan tanpa sempadan antara penghuni dan alam semula jadi. Terletak di tengah-tengah kawasan seluas 2.8 ekar, 24 unit rumah semi-D dua tingkat, dikelilingi lanskap kehijauan yang menenangkan | Sila buat permohonan untuk pengesahan sah bahasa iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/ Terima kasih. | Tatabahasa | 27.07.2018 |
Soalan berkenaan penamaan unit kediaman pelajar dan organisasi prlajar di kolej kediaman. Yang manakah lebih tepat. 1. Residen Pelajar Makmur atau Residensi Pelajar Makmur? 2. Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar Makmur atau Perwakilan Mahasiswa Residensi Pelajar Makmur? Terima kasih | Frasa yang betul ialah: Residensi Pelajar Makmur Perwakilan Mahasiswa Residensi Pelajar Makmur | Ejaan | 09.02.2021 |
apa perkataan yang betul untuk menggantikan 'Pameran Barang Elektrik dan Hiasan Kediaman' | Frasa yang betul ialah PAMERAN BARANGAN ELEKTRIK DAN HIASAN KEDIAMAN. | Tatabahasa | 30.11.2011 |
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul. | Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
salam, benarkah ayat ini " ...dan bergantung juga kepada usia setiap kolej kediaman..." | Frasa yang betul ialah "... dan bergantung juga pada usia setiap kolej kediaman ...". | Tatabahasa | 05.03.2012 |
Apakah makna perkataan ' naik taraf'? Adakah betul sekiranya digunakan seperti berikut - Jawatankuasa Menaik taraf Kemudahan Kolej Kediaman Pelajar ? | Maksudnya meningkatkan. Jawatankuasa Menaik taraf Kemudahan Kolej Kediaman Pelajar - ayat ini betul. | Makna | 19.11.2008 |
JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI SESI "BRAINSTORMING" BERSAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLJ KEDIAMAN TERATAI | Ayat yang betul ialah: JEMPUTAN MENGHADIRI SESI SUMBANG SARAN BERSAMA-SAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ KEDIAMAN TERATAI | Tatabahasa | 09.04.2013 |