Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedua

Puisi
 

Pilih-pilih tempat nak mandi,
     Pertama teluk kedua pantai;
Asyik memilih kain sekodi,
     Manakan laku kain sehelai.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh;
     pertama tegak,
kedua roboh.

Bermaksud :

Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) kedua-dua anaknya berjaya ke menara gading 2)kedua-kedua orang anaknya berjaya ke menara gading 3)kedua-dua kucing itu mati 4) kedua-dua ekor kucing iu mati 5)guru besar-guru besar 6)guru-guru besar yg mana ayat yg betul?Ayat yang betul seperti yang berikut:

1) Kedua-dua orang anaknya berjaya ke menara gading.
 
2) Kedua-dua ekor kucing itu mati.

3) Guru-guru besar...
Tatabahasa09.09.2013
kedua-dua murid @ kedua-dua orang murid BETUL ? TQFrasa 'kedua-dua orang murid' dan 'kedua-dua murid' kedua-duanya adalah betul.Tatabahasa09.08.2012
Yang mana satukah yang paling tepat, (a) Kedua-dua orang murid (b) Kedua-dua murid, (c) Kedua-dua ibu bapa (d) Kedua-dua orang ibu bapa...Sekian, terima kasih.Bentuk yang gramatis ialah "kedua-dua orang murid" dan "kedua-dua orang ibu bapa".Tatabahasa28.11.2012
kedua-dua ibu bapa, kedua-dua orang ibu bapa, atau kedua ibu bapa, yang mana betul tatabahasanya? terima kasih.Frasa yang betul ialah kedua-dua ibu bapa atau kedua-dua orang ibu bapa. Tatabahasa21.11.2011
Salam.Apakah kata bilangan untuk orang sekiranya dalam satu gambar, terdapat dua orang mengandar baldi susu getah yang berasingan? Kedua atau kedua dua. SekianFrasa yang betul ialah "kedua-dua orang..."Tatabahasa10.10.2013
Saya memiliki buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu cetakan kedua, edisi kedua tahun 1992. Sudah adakah cetakan/edisi terbaharu buku ini?Setakat ini belum ada lagi cetakan ketiga atau edisi baru buku ini.Lain-lain14.01.2013
Mohon tuan jelaskan penggunaan bahasa yang betul bagi - suku kedua tahun 2013 ATAU suku tahun kedua 2013. Contoh ayat adalah: Banguan tersebut telah dibangunkan untuk beroperasi mulai suku kedua tahun 2013 (ATAU suku tahun kedua 2013). Terima kasih.Frasa yang tepat ialah suku tahun kedua 2013.Tatabahasa16.07.2013
Kedua-dua ayat di bawah dikatakan sebagai salah dalam buku aktiviti murid-murid saya (fokus tajuk = kata kerja ) :- 1. Sekolah akan bercuti mulai esok. 2. Peperiksaan sedang berlangsung di dewan utama. Mengapakah bercuti & berlangsung dikatakan salah dalam ayat-ayat itu ? Saya tidak nampak apakah kesalahannya. Terima kasih.Penggunaan kata kerja berlangsung dan bercuti betul dalam ayat yang dinyatakan. Cuma terdapat sedikit pindaan tatabahasa pada perkataan sekolah kepada persekolahan. Sesi persekolahan akan bercuti mulai esok.Tatabahasa17.03.2013
"Kedua-dua orang pemain skuasy itu dijangka bertemu di perlawanan akhir." Adakah penggunaan kata sendi nama 'di' dalam ayat tersebut betul? Atau kata sendi nama 'dalam' atau 'pada' yang paling tepat digunakan dalam ayat tersebut? Sekian, terima kasih.Pada perlawanan akhir. Pada digunakan untuk merujuk masa.Tatabahasa27.11.2012
Kedua-dua orang penjenayah itu terpaksa___di bilik berasingan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. A dimasukkan C ditempatkan B diikatkan D dipasungkan MUNSYI, APAKAH JAWABAN YANG LEBIH TEPAT? tqKeempat-empat perkataan tersebut boleh menjadi jawapan, namun yang paling tepat ialah 'ditempatkan'.Tatabahasa20.02.2012
12345678910...

Kembali ke atas