Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dua.dua] | کدوا - دوا

Definisi : kelompok yg terdiri drpd dua (orang dsb); dua-dua sekali: ~ budak itu kawan saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedua-dua

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kedua-dua buah akhbar atau kedua-dua naskhah akhbar atau kedua-dua akhbar? Rasionalnya? Terima kasih.Frasa yang gramatis ialah kedua-dua naskhah akhbar. Penjodoh bilangan bagi akhbar ialah naskhah.Tatabahasa28.04.2014
(A) Kedua-dua ibu bapa (B) kedua-dua adik ...betul?Frasa kedua-dua ibu bapa dan kedua-dua adik, betul.Tatabahasa05.08.2014
Kedua-dua orang ibu bapa? Kedua-dua ibu bapa? Sila berikan penjelasan.Terima kasih.Kedua-dua orang ibu bapa? Kedua-dua ibu bapa? Sila berikan penjelasan.Terima kasih.Lain-lain07.09.2014
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, yang mana betul: Kedua-dua ibu bapa atau kedua-dua orang ibu bapa? Terima kasih.Frasa yang betul ialah kedua-dua ibu bapa atau kedua-dua orang ibu bapa.Tatabahasa18.09.2017
Tuan, Ayat berikut adalah betul atau tidak: 1. Kedua-dua ekor kucing berkejar-kejaran di taman. 2. Kedua-dua kucing berkejar-kejaran di taman. Adalah betul atau salah jika penjodoh bilangan dibubuh selepas kedua-dua? Terima kasih.Penjodoh bilangan "ekor" boleh diletakkan selepas perkataan "Kedua-dua".Tatabahasa13.10.2016
Nak tanya sama ayat berikut adalah betul ataupun tidak? 1. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut adalah merupakan tempat persinggahan kapal. 2. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut merupakan tempat persinggahan kapal. 3. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut ialah merupakan tempat persinggahan kapal.Ayat yang betul:

1. Fungsi kedua-dua sungai tersebut adalah untuk menjadi tempat persinggahan kapal.
2. Kedua-dua sungai tersebut merupakan tempat persinggahan kapal.
Tatabahasa08.04.2020
(A) kedua-dua adik Lim kacak. (B) kedua-dua orang adik Lim kacak. mana satu ayat yang betul?Ayat yang gramatis ialah "kedua-dua orang adik Lim kacak".
Tatabahasa15.07.2014
Soalan1: Kim Seng merangkul tempat _________manakala _______orang kawannya gagal dalam pertandingan itu. a) kedua....kedua-dua b) pertama...dua Saya ingin tanya tuan/puan , adakah jawapan a salah penggunaannya? sebab jawapan yang betul diberi cikgu ialah b. Soalan 2: Puan Maria membeli _________pasang kasut itu. a) dua b) kedua-dua Saya ingin tanya tuan/puan , adakah jawapan b salah penggunaannya? sebab jawapan yang betul diberi cikgu ialah a. Terima kasih.Kim Seng merangkul tempat pertama manakala kedua-dua orang kawannya gagal dalam pertandingan itu. Merangkul bermaksud mencapai kemenangan, iaitu menjadi johan atau mendapat tempat pertama. Tatabahasa11.07.2020
Hi, Saya ingin bertanyakan kedua-dua kata majmuk ini : 1) bersatu padu 2) bertungkus lumus. Adakah kedua-dua ini merupakan SIMPULAN BAHASA? Terima KasihMenurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut bukan simpulan bahasa.Tatabahasa21.09.2018
assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang ayat di bawah. 1.Ayah membeli (kedua-dua @ dua-dua ) longgok buah durian itu.

Dua-dua bermaksud dua biji dalam satu kelompok: Buah durian itu diikat dua-dua ( dua biji dalam satu kelompok atau longgok).

Kedua-dua longgok bermaksud kelompok atau longgok yang terdiri daripada dua longgok (dalam satu longgok boleh lebih daripada dua biji); dua-dua sekali

Makna02.09.2014
12345678910...

Kembali ke atas