| Salam sejahtera. Pertanyaan, "Dia begitu bangga dengan kedudukannya sehingga (mula atau mulai) menindas orang lain." Perkataan mana satukah yang lebih tepat penggunanya dalam Bahasa Melayu? Terima kasih. | Dia begitu bangga dengan kedudukannya sehingga mulai menindas orang lain. Mulai bermaksudĀ mula-mula melakukan sesuatu. | Tatabahasa | 04.04.2013 |
| Yg mana jawapannya. Kedudukannya dalam syarikat itu ----------kerana ramai pekerja baharu yang lebih berpendidikan daripadanya. A. seperti ikan dalam belat B. seperti aur dengan tebing C. seperti telur di hujung tanduk D. seperti mendukung biawak hidup. | Saudara, Jawapan yang sesuai ialah seperti telur di hujung tanduk. | Tatabahasa | 25.08.2010 |
| apakah yang dikatakan bunyi vokal. bagaimanakah kedudukannya dalam bahasa melayu. jika ada rajah tolong sertakan supaya saya lebih faham | Terdapat enam vokal asli bahasa Melayu yang terdiri daripada tiga vokal depan, satu vokal tengah, dan dua vokal belakang, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 298 untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta jadual. | Tatabahasa | 23.07.2010 |
| Saya ingin tahu mengenai penggunaan huruf dan ayat yang betul. 'Yang Ke-69' atau 'yang ke-69' atau memadai Ke-69 sahaja. | Untuk makluman, untuk menentukan ketepatan huruf besar atau kecil, perlu dilihat kedudukan frasa tersebut dalam ayat. Jika kedudukannya di hadapan ayat, perlu ditulis, "Yang ke-69" dan Ke-69. Jika kedudukannya, di tengah-tengah ayat, perlu ditulis "XXX yang ke-69" | Tatabahasa | 20.01.2017 |
| Saya ingin mengetahui apakah peribahasa yang memberi maksud berkaitan batu sempadan ukuran tanah itu tidak dapat ditipu dan dipindah kedudukannya walau apa carapun? | Untuk mendapatkan maklumat berkenaan, tuan perlu menyemak dari satu peribahasa kepada peribahasa yang lain. Tuan boleh menyemak melalui PRPM, tuliskan kata kunci (boleh diuji dengan beberapa perkataan - satu, dua atau tiga perkataan) dan lihat maklumat dalam Peribahasa (di bahagian hujung, sebelah kanan). Contohnya, kami menguji dengan kata kunci "batu sempadan" - hasilnya tiada maklumat dalam domain Peribahasa, kami menukar kepada kata kunci "batu" dan menemukan 70 maklumat berkaitan. Tuan perlu menyemak maklumat ini satu demi satu untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Lain-lain | 15.11.2021 |
| 1. Salam. Bagaimana cara bagi menentukan penggunaan di dalam dan dalam? 2. Mengapakah 'dalam kalangan' diguna-pakai? 3. Pun - kedudukannya rapat atau jarak - ataupun / atau pun 4. Adakah bahan terbitan seperti 'pamphlet' untuk dirujuk bersangkutan dengan tatabahasa terkini bahasa Melayu. Terima Kasih. | Puan Norhayati, Kita menggunakan dalam kalangan kerana di hanya merujuk tempat dan masa. Manakala ataupun dieja sebagai satu perkataan. Bahan rujukan yang paling baik ialah buku tatabahasa Dewan. Mengenai bahan rujukan lain ia memang boleh didapati di bahagian Promosi dan Pengiktirafan di Dewan Bahasa dan Pustaka | Tatabahasa | 16.08.2010 |
| Salam sejahtera. Apakah perbezaan penggunaan kata panggilan "encik" dengan "tuan" ? | Umumnya, encikĀ ialah panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau yang tidak dikenali (yg tidak mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb). Manakala, tuan ialah panggilan bagi orang laki-laki yang berpangkat atau yang patut dihormati. | Istilah | 09.01.2013 |
| Bolehkan menjelaskan kepada saya tentang penggunaan kata "juga" yang betul. Kebiasaannya adalah di hujung ayat. Dan jika di pertengahan ayat, di manakah kedudukannya yang betul | Kata "juga" membawa banyak maksud antaranya termasuklah i. digunakan untuk menyatakan keadaan yang sama atau serupa, seperti Adiknya juga demikian; ii. digunakan selepas kata sifat, seperti Gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; dan iii. digunakan untuk menunjukkan perulangan, seperti Dulu saya yang menolongnya, sekarang saya juga yang menolongnya. | Tatabahasa | 29.07.2011 |
| Salam Surat rasmi yang ditujukan kepada pelajar lelaki dan perempuan, adakah sapaan menggunakan saudara/saudari atau memadai saudara sahaja? Terima kasih. | Saudara bermaksud panggilan yang digunakan semasa bercakap dengan lelaki yang sederhana kedudukannya atau dalam surat-menyurat. (Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 1973. Saudari bermaksud panggilan yang digunakan semasa bercakap dengan perempuan yang sederhana kedudukannya, yang tidak diketahui namanya atau dalam surat-menyurat. (Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 1974 Namun, dalam penulisan surat rasmi dicadangkan penggunaan kata sapaan tuan atau puan bagi mewakili penerima lelaki atau perempuan, sama ada sudah atau belum berkahwin. | Makna | 06.11.2025 |
| kata penguat bebas amat dan sangat bolehkan digunakan secara berangakaian dalam ayat. Contohnya: Gadis itu amat sangat cantik. | Kata penguat bebas amat, sungguh, sangat kedudukannya boleh di hadapan atau di belakang tetapi tidak boleh digunakan secara berturutan dalam binaan satu ayat. | Tatabahasa | 04.12.2014 |