Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.eng.ga.nan] | کأڠݢنن

Definisi : ketidaksudian, ketidakmahuan: ~nya utk ikut serta dlm pertemuan itu menimbulkan tanda tanya; mereka ~ utk menghantarkan anak-anak perempuan jauh dr kampung mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.eng.ga.nan] | کأڠݢنن

Definisi : hal tidak menyetujui atau tidak menyukai; ketidaksudian: Dia hairan memikirkan ~ orang itu menerima pemberiannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keengganan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu yang betul: 1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.Ketiga-tiga ayat tersebut betul dan boleh digunakan, bergantung pada konteks penggunaannya dalam teks atau situasi tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015).Tatabahasa20.02.2025
Keengganan beberapa orang pelajar menyertai latihan pusat bola sepak akan ____ misi pasukan sekolah untuk menjadi johan pada tahun ini. A membantutkan B menjejaskan C menggagalkan D menghampakan Munsyi, apakah jawaban yang paling sesuai dalam ayat ini. TKKeengganan beberapa orang pelajar menyertai latihan pusat bola sepak akan menjejaskan misi pasukan sekolah untuk menjadi johan pada tahun ini. Sila rujuk kamus untuk mengenal pasti perkataan yang tepat dalam konteks sesuatu ayat.Tatabahasa04.07.2012
Mana satu yang betul: 1. Keenganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keenganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.
2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.
3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Ketiga-tiga ayat ini betul bergantung pada maksud yang hendak disampaikan dalam wacana tersebut.
Tatabahasa13.02.2025

Kembali ke atas