Apkah maksud keesahan soalan. Perkataan Keesahan itu apakah maksudnya? | Esa bermaksud satu, tunggal. Keesahan bermaksud sifat tunggal. dalam konteks yang dikemukakan sepatutnya kata yang sesuai ialah kesahan daripada kata sah yang bermaksud lulus pada sisis undang-undan, benar,pasti, nyata. | Makna | 31.01.2008 |
Wujud tak perkataan keesahan atau kesahan?apa perkataan asal tanpa imbuhannya?maksud bagi perkataan berkenaan? Wujud tak perkataan penjalanan? | Perkataan "kesahan" wujud dalam bentuk kata bahasa Melayu dan bermaksud perihal sah atau sah tidaknya sesuatu perkara. perkataan "penjalanan" tidak ada dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 08.04.2009 |
Saya dan rakan-rakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya sedang menulis buku tentang penyelidikan kualitatif. Apabila saya menggunakan khidmat Carian Kata DBP terdapat dua ejaan bagi senarai istilah "validity" dalam BM iaitu "keesahan" dan "kesahan" sedangkan penggunaannya dalam BI membawa maksud yang sama. Ejaan yang manakah betul? Terima kasih. | Prof. terima kasih kerana menggunakan KNBDBP, Saya telahpun melihat kamus yang memberikan kedua-dua makna tersebut dan saya pun keliru juga jadinya. Namun setelah melihat istilah bagi kedua-dua perkataan tersebut jelas ada sedikit perbezaannya, iaitu validitity membawa makna kesahan manakala keesahan pula diberikan sebagai legitimacy. Pada pandangan saya bahasa Inggerisnya adalah lebih jelas. | Istilah | 24.03.2009 |
Salam Tuan/Puan, Bolehkah saya dapatkan terjemahan istilah Bahasa Inggeris berikut (dalam konteks metodologi kajian dan statistik): i. unidimensionality ii. normality test iii. corrected item total correlation iv. convergent validity v. disriminant validity Maklum balas dan kerjasama Tuan/Puan adalah amat dihargai. Sekian, terima kasih. | Walaikumussalam. Cadangan terjemahan yang sesuai ialah: i. Unidimensionality = keekadimensian ii. Normality test = ujian kenormalan iii. Corrected item-total correlation = korelasi item-jumlah dibetulkan iv. Convergent validity = keesahan konvergen v. Discriminant validity = keesahan diskriminan Terima kasih. | Istilah | 16.01.2017 |
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat menjelaskan perkara-parkara berikut: Sila beritahu sama ada atau tidak ayat-ayat yang berikut betul: 1. Kabus itu menghadkan / mengehadkan darjah penglihatan. (Saya mendapati Kamus Oxford Fajar (Prof Asmah Haji Omar), Kamus Utusan dan Kamus Lengkap (Drs. Awang Sudjai) menggunakan perkataan 'menghadkan' (restrict/limit) manakala Kamus Dewan menggunakan 'mengehadkan'. Ini menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar dan orang awam. Peerkara ini perlu diperjelaskan dari segi tatabahasa Melayu). 2. Berita hangat /menarik itu adalah daripada BBC/CNN/Radio Malaysia. 3. Isu /perkara mengenai /tentang rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. 4. Makalah yang berguna/bermanfaat/berfaedah itu adalah daripada majalah 'Dewan Masyarakat', terbitan DBP. 5. Apakah perbezaan antara perkataan-perkataan berikut: kesahihan; keesahan; sah dan sahih 6. Maklumat ini telah diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai. 7. Saya telah memperoleh maklumat ini daripada Kementrian Kewangan. 8. Untuk menambahbaikkan khidmat nasihat yang berkesan dan jitu mengenai tatabahasa (nahu) Melayu, respons pihak DBP perlu tepat pada masa. Sekian , terima kasih. Peter Johnson Durairaj | Soalan 1: Perkataan yang betul ialah mengehadkan, bukan menghadkan. Peng- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contoh lain: cat - pengecat, bom - pengebom, pam - pengepam. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 111. Soalan 2: Kedua-dua perkataan iaitu, hangat atau menarik boleh digunakan dalam ayat yang tuan kemukakan bergantung pada maksud yang ingin disampaikan. Soalan 3: Ayat yang betul ialah (i) Isu rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. Soalan 4: Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 4(i) Makalah yang berguna itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(ii) Makalah yang bermanfaat itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(i) Makalah yang berfaedah itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. Soalan 5: Bagi mengetahui maksud dan mengenal pasti perbezaan maksud perkataan, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dan Dewan Pelajar. Perkataan sahih bermaksud pasti, benar, sah, dapat diakui maka kata nama yang diterbitkan daripada sahih ialah kesahihan perihal sahih (benar, pasti sah). Perkataan sah membawa dua maksud iaitu, 1. lulus pd sisi undang-undang 2. benar, pasti, nyata, manakala kesahan pula bermaksud perihal sah, sah tidaknya sesuatu. Soalan 6: Ayat yang betul ialah 6(i) Maklumat ini diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai. Soalan 7: Ayat yang betul ialah 7(i) Saya memperoleh maklumat ini daripada Kementerian Kewangan.
| Tatabahasa | 15.11.2017 |
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Saya pembantu penyelidik UPM yang menjalankan kajian mengenai sosialisasi perundangan . Saya ingin bertanya mengenai daftar Bahasa Inggeris yang ingin dialih bahasa ke Bahasa Melayu. 1.legitimacy of the law, 2.cynicism about the legal system 3.moral disengagement Legitimacy of the law - merujuk kepada ( the feelings of obligation to defer to the rules and decisions associated with legal institution and actors ) Cynicism about the legal system - merujuk kepada ( the legal system or the law is the sense in which the people are acting in ways that are outside the law and community norms and they felt that such conduct is reasonable ) Moral disengagement - merujuk kepada ( the separation of conduct from moral standards relevant to the conduct ) | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1.legitimacy of the law - keesahan undang-undang 2.cynicism about the legal system - kesinisan terhadap sistem undang-undang 3.moral disengagement -pembebasan moral | Istilah | 14.11.2016 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Nadia, merupakan pelajar dan pembantu penyelidikan di Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, UPM ingin mendapatkan khidmat terjemahan bagi beberapa istilah daripada bahasa inggeris yang akan digunakan dalam kajian yang dijalankan. Istilah atau terma yang ingin kami dapatkan terjemahannya, dalam bahasa melayu,istilah dalam bahasa melayu yang tepat ialah:- 1)Legal Socialization 2)Legitimacy of the law 3)Legal Cynicism 4)Law-abiding behavior 5)Procedural Justice 6)Moral Disengagement Berikut merupakan beberapa istilah yang ingin kami periksa terjemahan maksudnya dalam bahasa melayu dengan tepat. Terima kasih atas bantuan. | Senarai padanan istilah yang disenaraikan tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Penggubalan istilah memerlukan maklumat konsep dan konteks penggunaan istilah dalam bidang khusus yang ditanya. Sila bekalkan maklumat konsep dan konteks penggunaan istilah yang disenaraikan sekiranya cadangan yang kami berikan tidak tepat dalam konteks penggunaan puan. 1)Legal Socialization= Pemasyarakatan Undang-undang 2)Legitimacy of the law = Keesahan Undang-undang 3)Legal Cynicism =Kesinisan Undang-undang 4)Law-abiding behavior = Tingkah Laku Patuh Undang-undang 5)Procedural Justice = Tatacara Keadilan 6)Moral Disengagement = Pembebasan Moral | Istilah | 26.02.2018 |