Keesokan hari atau hari keesokan? | Jawapan: Keesokan hari | Tatabahasa | 21.06.2014 |
Assalamualaikum.. Saudara, Saya keliru dengan istilah sama ada 'keesokan hari' atau 'hari keesokan'. Begitu juga dengan 'hari esok' atau 'esok hari'. Harap dapat penjelasan. Terima kasih. | Istilah yang betul ialah "keesokan hari" kerana mengikut hukum D-M, "keesokan" ialah kata yang diterangkan manakala "hari" ialah kata yang menerangkan. Bagi "hari esok" atau "esok hari", kedua-dua perkataan ini betul dan penggunaannya bergantung pada penegasan. | Tatabahasa | 27.03.2009 |
Saya ingin bertanya, bagaimana untuk mengetahui mengenai double " K " dan " G " dalam sesuatu perkataan., Sebagai contohnya keesokan. Kenapa keesokan hanya satu "K", bukannya dua "K" Contoh lain menggalakkan. Sekian ,terima kasih. | Penggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an. | Tatabahasa | 24.09.2007 |
Minta memperjelas beza 'keesokan hari' dan 'esok'. Adakah 'keesokan hari' itu lewah? Saya tidak dapat pikirkan konteks penggunaan 'keesokan hari' yang tidak dapat digantikan dengan 'esok', bentuk yang lebih pendek dan padat tetapi sama makna. | Esok merujuk hari sesudah hari ini; besok, manakala keesokan hari merujuk kepada esoknya. Kedua-duanya tepat dan betul dan merujuk makna yang sama. | Makna | 04.04.2019 |
Salan. Yang manakah yang betul, keesokan pagi atau pada keesokan paginya | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 06.12.2018 |
Pada keesokan pagi, deringan telefon daripada bahagian sumber manusia MAIN mengejutkan saya dari | Pertanyaan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula setelah melengkapkan pertanyaan saudara. | Tatabahasa | 14.09.2011 |
Manakah satu yang betul ? a. pada keesokan harinya atau b. pada hari keesokannya Terima kasih. | Sdr Joannes, Jawapan yang tepat ialah (a) pada keesokan harinya. Dalam konteks ayat ini, kata sendi nama pada digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu atau masa (keesokan). | Tatabahasa | 10.03.2009 |
Bagaimanakah ejaan untuk KEESOKKAN ATAU KEESOKAN? | Ejaan yang betul ialah keesokan. | Ejaan | 03.03.2008 |
'Awal PAGI KEESOKANNYA, kami bersedia bertolak.' Itulah ayat yang saya baca dalam sebuah buku, tetapi saya juga pernah baca ayat seperti berikut: 'Awal KEESOKAN PAGINYA, kami...' Saya tertanya-tanya sama ada struktur untuk menyatakan masa telah ditentukan atau tidak? | 'Awal PAGI KEESOKANNYA, kami bersedia bertolak. - ayat ini betul kerana kerana yang awal ialah pagi (awal pagi) bukan keesokan. | Tatabahasa | 09.07.2010 |
Bagaimanakah untuk kita membezakan sesuatu perkataan yang mempunyai imbuhan kan? contohnya memperbanyakkan, keesokan. | Menurut Buku Tatabahasa Dewan, semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran-kan untuk membentuk kata kerja, contohnya, kata nama, kata kerja transitif, kata kerja tak transitif kata adjektif dan kata tugas. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat terperinci berkatan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan, muka surat 176. | Tatabahasa | 15.09.2007 |