Mana satu yang betul: 1. Keenganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keenganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. | 1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. Ketiga-tiga ayat ini betul bergantung pada maksud yang hendak disampaikan dalam wacana tersebut. | Tatabahasa | 13.02.2025 |
kegagalan penjelasan bayaran balik pinjaman atau kegagalan untuk penjelasan bayaran balik pinjaman? | Ayat yang betul ialah kegagalan menjelaskan bayaran balik pinjaman atau kegagalan untuk menjelaskan bayaran balik pinjaman. | Tatabahasa | 04.03.2015 |
KEGAGALAN MEMASUKI AKSARA CARIAN KERANA PAPARAN MAKLUM BALAS SENTIASA KELUAR WALAU PUN BORANG TERSEBUT TELAH DIAMBIL TINDAKAN PENGHANTARAN | Aduan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP. Untuk sementara waktu, kami mencadangkan tuan menggunakan enjin carian Crome, bukan Internet Explorer. | Lain-lain | 22.11.2016 |
Kegagalan murid merangka isi-isi penting dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. | Dalam sesuatu penulisan, aspek yang penting ialah isi. Kekuatan isi akan mencerminkan pemikiran dan keseluruhan penulisan yang dihasilkan. Murid-murid perlu didedahkan untuk mengenal pasti antara isi dengan huraian. Murid-murid perlu banyak membaca dan membuat rujukan untuk mencari isi bagi karangan. Dengan pembacaan, murid-murid akan mudah merangka isi dan mendapai idea untuk menghasilkan penulisan. | Tatabahasa | 31.03.2013 |
Mana satu yang betul: 1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. | Ketiga-tiga ayat tersebut betul dan boleh digunakan, bergantung pada konteks penggunaannya dalam teks atau situasi tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015). | Tatabahasa | 20.02.2025 |
Manakah ayat yang betul dan apakah sebabnya? Kegagalan hari ini dapat menaikkan anda di kemudian hari. atau Kegagalan hari ini dapat menaikkan anda pada kemudian hari. | Ayat yang betul ialah: Kegagalan hari ini dapat menaikkan anda pada kemudian hari. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan)dalam beberapa situasi tertentu. Manakala kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat sahaja. | Tatabahasa | 27.02.2023 |
Antara punca kegagalan adik ialah kurang mengulang kaji pelajaran. adalah ayat di atas gramatis dan betul dari segi tatabahasa? | Antara punca kegagalan adik dalam peperiksaan ialah kurang mengulang kaji pelajaran. | Tatabahasa | 11.04.2014 |
Salam sejahtera, Maaf kerana bertanya, tetapi mengapa laman Gerbang Maya DBP khususnya Carian Kata PRPM sering mengalami kegagalan sistem sejak kebelakangan ini? Dalam satu minggu, boleh dikatakan tiga atau empat hari akan berlakunya kegagalan. Terima kasih. | Salam Sejahtera. Mohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Pihak kami mengambil perhatian mengenai isu gangguan teknikal yang berlaku dan tindakan susulan telah diambil. Terima kasih. | Lain-lain | 11.07.2022 |
ayat: Antara punca kegagalan adik ialah kurang mengulang kaji pelajaran. berdasarkan contoh ayat di atas, mengapakah perkataan kurang (KA) boleh digunakan selepas ialah (kata pemeri)? mohon penjelasan, terima kasih. | Dalam rumus tatabahasa, kata pemeri adalah diikuti kata sendi nama atau kata adjektif. Berdasarkan rumus tersebut, ayat yang betul ialah "Antara punca kegagalan adik adalah kurang mengulang kaji pelajaran". Kami mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. | Tatabahasa | 14.04.2014 |
Saya ingin mencari alternatif untuk perkataan "precedent". Bolehkah saya gunakan perkataan "prajadian" sebagai kata ganti? Contoh ayat: Tiada "precedent" yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat. Diganti dengan: Tiada "prajadian" yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat. | Dalam konteks perundangan, precedent lazimnya diterjemahkan kepada duluan, menjadi "Tiada duluan yang mengatakan bahawa seorang Presiden boleh dilucutkan jawatan kerana kegagalan untuk menangani krisis dalam Dewan Senat". | Istilah | 04.02.2014 |