Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ge.la.pan] | کݢلڤن

Definisi : 1. perihal gelap, keadaan gelap: ia keluar dr rumahnya dlm ~ malam; suasana politik dunia sekarang masih dlm ~; 2. berada dlm gelap: kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan; 3. menjadi gelap mata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ge.la.pan] | کݢلڤن

Definisi : 1 keadaan gelap: Hanya sebelah muka bulan itu saja yg terang pd bila-bila masa dan yg sebelah lagi itu sentiasa dlm ~. 2 tertimpa atau terkena gelap: Pulanglah sekarang supaya tidak ~ di jalan. 3 menjadi gelap mata kerana terlalu marah dll: Mendengar khabar itu, ia pun ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegelapan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Masa depannya kegelapan setelah terlibat dalam kes jenayah itu. (apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat ini?)Penggunaan imbuhan ke-...-an untuk kata adjektif 'gelap' dalam ayat tersebut kurang tepat, ayat yang tepat ialah Masa depannya gelap setelah terlibat dalam kes jenayah itu.Tatabahasa20.02.2011
Kegelapan kulit Sarimah tidak menghalangnya dipilih sebagai juara Ratu Kebaya 2010. apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kegelapan?

Saudara,

Perkataan yang sesuai ialah kehitaman.

Lain-lain25.08.2010
Perkataan kesan, keteguhan, bermakna, sampai, akhir, bertakhta, dan kegelapan golongan kata apa?Kesan, keteguhan = kata nama
bermakna, bertakhta = kata kerja
sampai = kata sedi nama
akhir = adjektif
Lain-lain08.03.2013

Kembali ke atas