Apakah kata seru yang boleh digunakan untuk melahirkan kegembiraan? Cthnya jika B Inggeris ada 'hurray' atau 'yay', bagaimana dgn B m'yu? | Merujuk buku Tatabahasa Dewan, tidak semua kata seruan yang disenaraikan dapat melahirkan pelbagai perasaan termasuklah perasaan gembira. Berdasarkan contoh dalam Kamus Dewan 'hurray' dalam bahasa Inggeris diterjemahkan kepada 'hore' seperti dalam contoh ayat: Hore, kita menang! | Tatabahasa | 15.04.2011 |
Ayat berikut ingin kami gunakan di dalam iklan sambutan kemerdekaan. Adakah tatabahasanya betul? Setiap bangsa Cemerlang. Setiap bahasa Gemilang. Setiap agama Terbilang. Setiap perayaan dikongsi. Setiap kegembiraan dinikmati. Setiap kedukaan dirasai bersama, demi membentuk Negara tercinta. KUB MALAYSIA dan rakyat Malaysia bangga meraikan 50 tahun KEMERDEKAAN Negara ! | Setiap bangsa Cemerlang. Setiap bahasa Gemilang. Setiap agama Terbilang. Ketiga-tiga frasa tersebut betul tatabahasanya cuma dari segi makna kurang sesuai spt setiap agama terbilang (terbilang bermaksud terkenal -adakah pernyataan tersebut betul?) Frasa Setiap perayaan dikongsi dan Setiap kegembiraan dinikmati adalah tidak lengkap | Tatabahasa | 27.07.2007 |
Tuan, adakah "orang ramai kebingungan" semaksud "orang ramai berasa bingung"? "Kebingungan" perbuatan bangun kena buat yang berapitan ke-...-an kerana benda ayat dikenai sesuatu walaupun manusia. Maka "kebingungan" dalam frasa itu bermaksud orang ramai dikenai oleh rasa bingung, maka benda ayat "orang ramai" mengalamilah rasa bingung, berasa bingung, itulah sebabnya kebingungan = berasa bingung! Jadi, untuk maksud "berasa gembira", bolehlah saya bina ayat seperti: (1) Saya kegembiraan oleh melihat dua orang itu berbaik semula. "Saya" benda ayat yang seakan-akan penyambut, iaitu benda yang dikenai perbuatan, maka ke-...-an yang menandai bangun kena buat itu digunakan. Saya kegembiraan = saya dikenai oleh rasa gembira = saya mengalami rasa gembira = saya berasa gembira. Ini keadaan ke-...-an + sifat (gembira, bingung). Ayat ini seperti: (2) Saya kecurian (ke-...-an + perbuatan "curi") pen = "saya" benda ayat yang dikenai, iaitu dikenai perbuatan "curi" dan "pen" penerang kepada perbuatan "kecurian", iaitu menerangkan benda yang dicuri. Jadi, adakah kebingungan = dikenai oleh rasa bingung = berasa bingung; "kesedihan" = ditimpa rasa sedih = berasa sedih? | Perkataan kegembiraan tidak boleh digunakan pada ayat yang sama seperti "orang ramai kegembiraan". Tetapi boleh ditulis "Dia menjerit kegembiraan" | Tatabahasa | 23.12.2016 |
Salam 1Bahasa, 1. Bengkel Perolehan Manuskrip ATAU Bengkel Pemerolehan Manuskrip? 2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol ATAU Mereka bersorak kegembiraan apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol? Terima kasih. | 1. Bengkel Perolehan Manuskrip 2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
APAKAH PERBEZAAN RAMAI DENGAN BANYAK? | Perkataan ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Namun penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi, iaitu ramai digunakan dalam ayat yang menunjukkan keramaian/kemeriahan/kegembiraan. Contohnya i. Ramai tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan Ali. Manakala perkataan banyak boleh digunakan secara umum. Contohnya banyak peserta yang telah menyertai kursus itu. | Lain-lain | 08.04.2010 |
Harap dapat penjelasan mengenai penggunaan 'sukacita' atau 'dukacita' di dalam penulisan surat. Yang mana betul "Sukacita dimaklumkan bahawa ...." atau "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ...." | Encik Yahaya, sukacita - senang hati, suka hati, kegembiraan, kegirangan: kanak-kanak yg pandai akan berasa ~; mereka dgn ~ mengambil peluang ini; duka, susah (sedih) hati: pd wajah baginda kelihatan tanda-tanda yg menunjukkan baginda sedang dilamun ~; 2. = berdukacita berasa sedih atau susah hati, berduka: dia sangat ~ atas kematian tunangannya; turut (ikut) ~ sama (turut) bersedih; Dengan sukacitanya / dukacitanya dimaklumkan bahawa ...." | Tatabahasa | 04.03.2010 |
Tuan, saya sekali lagi menghantar tanyaan yang bertajuk Kebingungan = Berasa Bingung dalam WordPad kerana terdapat tambah dan pembetulan. Sila tuan tatap soal saya lalu mengiktiraf kupasan saya. | Tuan, tidak semua kata adjektif yang diberi apitan ke-..an boleh diletakkan pada ayat yang sama. Orang ramai kebingungan. (betul) Orang ramai keletihan (betul) Orang ramai kegembiraan (salah) Orang ramai melompat kegembiraan (betul) | Tatabahasa | 23.12.2016 |
1) Adakah perkataan rapat BOLEH digunakan dalam ayat di bawah? Adik memeluk ibu dengan rapat apabila mendengar bunyi guruh. 2) Adakah selepas perkataan oleh di bawah boleh disertakan kata ganti nama diri kami? - Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu dimakan oleh kami. 3) Adakah penggunaan perkataan berulang-ulang kali betul dalam konteks ayat di bawah? Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan berulang-ulang kali. 4) Adakah kata ganda sampah-sampah boleh digunakan dalam ayat di bawah? - Sampah-sampah berserakan di tepi bangunan itu. | 1. Adik memeluk ibu dengan rapat apabila mendengar bunyi guruh. Adik memeluk ibu dengan erat apabila mendengar bunyi guruh. 2. Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu dimakan oleh kami. Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu kami makan. 3. Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan berulang-ulang kali. Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan. 4. Sampah-sampah berserakan di tepi bangunan itu. Sampah sarap berserakan di tepi bangunan itu. | Tatabahasa | 30.07.2013 |
Assalaamualaikum...saya ada soalan. 1. Saya menepuk tangan di bawah pentas. 2. Saya bertepuk tangan di bawah pentas. Manakah ayat yg betul? Atau boleh diterima kedua-duanya. Harap pihak tuan dpt memberikan penjelasan. Terima kasih. | Kedua-dua perkataan itu betul bergantung pada konteks penggunaannya. Jika menyatakan kegembiraan, perkataan yang betul ialah "bertepuk tangan" dan jika memukul tangan dengan perlahan, perkataan "menepuk tangan" yang sesuai digunakan. Ayat tuan tidak menjelaskan tujuan, bertepuk/menepuk tangan. Untuk maklumat lanjut tentang kedua-dua perkataan tersebut manfaatkan carian kata di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 07.04.2015 |
Apakah padanan yang sesuai untuk perkataan "Cowabunga" yang merujuk kepada used to express delight or satisfaction. Terima kasih | Tidak ada terjemahan cowabunga dalam sumber rujukan kami. Cowabunga ialah perkataan baharu yang dicadangkan. Berdasarkan huraian maksudnya cowabunga boleh diterjemahkan kepada ungkapan (dalam bentuk ucapan) atau gambaran (dalam bentuk bahasa badan) kegembiraan atau kepuasan. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.11.2017 |