Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ghai.ra.han] | کغيرهن

Definisi : 1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ghai.ra.han] | کغيرهن

Definisi : keinginan (keberahian, kehendak) yg amat kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keghairahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Keghairahan pelajar menulis ayat bombastik ada kalanya menimbulkan masalah untuk memahami maksud yang hendak disampaikan. Saya mohon untuk diteliti ayat di bawah gramatis atau tidak: Pada era globalisasi tanpa limitasi ini,dalam menongkah arus pemodenan, akhlak mulia remaja telah kita alpa dan lalaikan. Akhlak mulia remaja semakin lama semakin runtuh...

Selamat petang Puan Melati,

Memadai sekiranya pelajar puan menulis seperti ayat yang di bawah:

Pada era globalisasi ini, dalam menongkah arus pemodenan, akhlak mulia remaja telah kita abaikan. Akhlak mulia remaja semakin lama semakin runtuh...

Tatabahasa15.10.2012

Kembali ke atas