Pengunaan Facebook oleh Bulan Bahasa Kebangsaan, majalah Dewan Bahasa dll merupakan tugas rasmi? | Sdr., Untuk makluman sdr., penubuhan laman Facebook Bulan Bahasa Kebangsaan dan Majalah terbitan DBP adalah salah satu tugas rasmi DBP untuk mempromosikan kegiatan-kegiatan anjuran DBP dan produk-produk terbitan DBP. Penubuhan laman ini merupakan salah satu usaha DBP untuk lebih dekat dan dapat berinteraksi dengan masyarakat. Laman facebook juga merupakan salah satu medium aliran baru untuk DBP menyampaikan maklumat dengan lebih cepat, meluas dan berkesan. | Lain-lain | 13.11.2009 |
SAYA NAK TAHU APAKAH MAKSUD METADOLOGI,KOKARIKULUM,DEFINASI DAN OBJEKTI SECARA MENDALAM.TERIMA KASIH | Métodologi ialah sistem yg merangkumi kaedah dan prinsip yg digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin. kurikulum ialah merupakan sebahagian drpd kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian drpd kursus pendidikan pelajar di sekolah (mis kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dll). Definisi pula ialah kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dll, takrif: sebahagian besar perkataan dlm kamus ini diberi ~ dan dituruti oleh kata seerti. Manakala makna objektif ialah sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan; 2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar; 3. tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri; ujian ~ ujian (peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara beberapa pilihan dan markah yg diberikan tidak bergantung pd penilaian pemeriksa. Harap maklum. | Makna | 15.08.2007 |
Apa peranan DBP Cawangan Sarawak? | Sejak penubuhannya, DBP Cawangan Sarawak memainkan peranan yang penting dalam pengendalian hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan sastera di negeri ini. Antara peranan yang penting ialah: 1. Melaksanakan kegiatan yang mengarah kepada peluasan, peningkatan penggunaan dan kejayaan pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal. 2. Melaksanakan kegiatan-kegiatan kesusasteraan yang membantu ke arah: Membina bakat penulisan dan memupuk minat serta penghayatan sastera kebangsaan di Sarawak. Memperbanyak hasil dan bahan untuk diterbitkan dalam bahasa kebangsaan serta meningkatkan mutu sastera kebangsaan di Sarawak. 3. Mendapatkan bahan-bahan penerbitan dalam Bahasa Melayu daripada sumber budaya Sarawak yang sesuai untuk diterbitkan. | Lain-lain | 12.11.2007 |
Mengapakah kegiatan sastera di negara ini tidak mendapat publisiti yang meluas sama ada melalui media cetak atau elektronik? | Kegiatan sastera mendapat publisiti dalam media cetak dan media elektronik. Misalnya, akhbar Berita Minggu dan Berita Harian memberikan promosi terhadap kegiatan tersebut dalam ruangan sastera pada hari Ahad, Selasa, Khamis dan Sabtu, manakala akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia memberikan promosi pada hari Ahad, Isnin dan Khamis. Kegiatan sastera yang dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dipromosikan melalui akhbar yang tersebut di atas, di samping melalui majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka. Media elektronik, misalnya radio dan televisyen turut mempromosikan kegiatan sastera. | Lain-lain | 12.05.2008 |
outdoor | kegiatan luar | Lain-lain | 10.02.2009 |
bagaimana cara untuk memperbaiki dan menguasai bahasa melayu | Saudara, Cara yang terbaik untuk memperbaik dan menguasai bahasa Melayu adalah dengan banyak membaca buku tatabahasa dan makalah yang disiarkan di dalam akhbar dan majalah, membuat rujukan tentang penggunaan bahasa Melayu , memahami peraturan-peraturan dan pedoman bahasa yang sedia ada dan mengikuti perkembangan bahasa Melayu melalui pelibatan dalam kegiatan-kegiatan yang diadakan di tempat saudara. | Lain-lain | 11.11.2009 |
Apakah kelebihan menjadi ahli Rakan Dewan ? | Keistomewaan menjadi ahli Rakan Dewan: Keistimewaan-keistimewaan ini adalah tertakluk kepada apa-apa dasar kerajaan dan hak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengekal, mengubah, meminda atau menambah serta menguatkuasa apa-apa syarat dan terma yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa. Antara keistimewaan yang akan diperolehi pemegang kad ahli Rakan Dewan ialah:
| Lain-lain | 11.03.2009 |
Saya ingin bertanya tentang ayat di bawah. Selepas perkataan destinasi di bawah perlu ditambah koma ataupun tidak. Terima kasih. Pelancongan Islam berpandukan kajian di atas merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi dan nilai berlandaskan motivasi ajaran Islam. | Pelancongan Islam berpandukan kajian di atas merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi, dan nilai berlandaskan motivasi ajaran Islam. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Apakah usaha-usaha dan kegiatan perancangan bahasa yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ke arah memantapkan perkembangan Bahasa Melayu? | Untuk perhatian pihak saudara/saudari, KNDBP tidak menyediakan perkhidmatan menyelesaikan tugasan pelajar. Walau bagaimana pun KNDBP mencadangkan saudara/saudari membuat rujukan ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Tingkat 3, Menara DBP, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 13.04.2008 |
Bagaimana hendak menyertai pertandingan dalam kegiatan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Negeri Johor? Misalnya pertandingan sayembara puisi yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. | Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia Bulan Bahasa Kebangsaan Wilayah Selatan, Encik Rusdi Abd. Rahman, Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, no. telefon 07-2358802, no faks 07-2358802 atau melalui e-mel rar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 29.09.2010 |