apakah maksud kegiatan ekonomi?? | Maksud kegiatan ekonomi secara literal ialah sesuatu aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan. | Makna | 26.06.2015 |
Apakah maksud bagi perkataan KEGIATAN EKONOMI ? | Secara literal kegiatan ekonomi bermaksud usaha atau kerja yang berkaitan dengan hal ehwal ekonomi. | Makna | 20.06.2015 |
pengertian 1. mempelbagaikan ekonomi? 2. minyak dan gas? 3.ekonomi minyak dan gas | Selamat pagi: Mempelbagaikan ekonomi bermaksud perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat. Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi seperti perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain. Minyak dan gas merupakan satu daripada kegiatan ekonomi negara Malaysia. | Lain-lain | 23.09.2016 |
perbezaan antara koperasi dan royalti | Koperasi ialah syarikat yang dianggotai dan diuruskan oleh sekumpulan orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan,dsb) dengan faedah dan keuntungan dikongsi bersama. Royalti ialah bayaran tertentu yang dibuat oleh penerbit kepada pengarang, penyanyi, dsb atas setiap naskhah karya mereka yang terjual ; perkongsian keuntungan seperti dalam pengusahaan lombong, telaga minyak atau ciptaan jentera. | Makna | 15.02.2008 |
apakah maksud liberalisme? | Menurut Kamus Dewan, liberalisme ialah fahaman yg liberal, fahaman atau pendirian yg mahukan demokrasi serta kebebasan dlm kegiatan ekonomi. | Makna | 28.07.2007 |
Saya ingin bertanya. i) adakah perkataan MEMICU wujud dlm bahasa kita? ii) adakah maksud MEMICU sama erti dengan MEMACU? iii) apakah maksud sebenar MEMICU dan bagaimana penggunaannya? | Memicu ialah kata terbitan daripada picu iaitu pemetik (pistol, senapang, dan lain-lain); memicu ialah menarik atau memetik picu pistol, senapang dsb. memacu dari kata dasar pacu membawa makna yang berbeza iaitu 1. menggesa (kuda) dgn menusukkan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumbakan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (ekonomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat. oleh itu memicu dan memacu adalah kata terbitanyang membawa makna berbeza. | Tatabahasa | 05.02.2008 |
maksud integrasi ekonomi dan integrasi sukan | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat integrasi bermaksud penggabungan dua atau beberapa kaum (unsur,bahagian,dll.) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Ekonomi bermaksud 1.ilmu berkenaan pengeluaran,pengagihan,penggunaan barang 2.istem pengendalian sumber kekayaan. Sukan bermaksud segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga. Oleh itu kata di atas bermaksud penyatuan /penggabungan ekonomi atau sukan. | Makna | 28.01.2008 |
Adakah penggunaan kata dalam ayat berikut betul: 1. Pengunduran Li Dan dari Kejohanan Seluruh England memberi kelebihan kepada Chong Wei. 2. Ia adalah ikan yang tergolong dalam jenis mamalia. 3. Bila berada di permukaan air, ia menghembuskan udara yang telah digunakan daripada peparunya. 4. Dari segi ekonomi penduduk, kegiatan pelancongan menjadi sumber yang penting. 5. Orang ramai lebih memandang berat terhadap kesalahan di dalam tulisan daripada di dalam pertuturan. | 1. Pengunduran Li Dan daripada Kejohanan Seluruh England memberi kelebihan kepada Chong Wei. 2. Dugong ialah ikan yang tergolong dalam jenis mamalia. (ia tidak boleh digunakan untuk binatang. Perlu menggunakan nama binatang tersebut. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya) 3. Apabila berada di permukaan air, ikan itu menghembuskan udara yang telah digunakan daripada peparunya. (ia tidak boleh digunakan untuk binatang) 4. Daripada segi ekonomi penduduk, kegiatan pelancongan menjadi sumber yang penting. (dari hanya digunakan untuk tempat dan masa) 5. Orang ramai lebih memandang berat terhadap kesalahan tulisan daripada pertuturan. ('Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. | Tatabahasa | 15.02.2013 |
Salam sejahtera, Tuan/Puan, Soalan saya berkenaan dengan maksud dan penggunaan kata "cebur" dan "kecimpung", dan kenapa terdapat 2 perkataan berlainan tapi dengan maksud sama (jika maksud kedua-dua perkataan ini adalah sama)? Contoh konteks penggunaan dua perkataan ini bagi persoalan saya ialah berikut; dan saya mengambil contoh dari artikel (https://www.ukm.my/news/arkib-berita/year-2014/april-2014/graduan-harus-menceburi-perniagaan-bukan-makan-gaji/) Perenggan 4: "Bagaimana pun Shamsuddin menggalakkan mereka yang ingin menceburi perniagaan perlu mewujudkan peluang baru perniagaan dan bukannya berkecimpung dalam perniagaan yang sudah sedia ada." Dalam perenggan ini, perkataan "menceburi" seolah-olah bermaksud bahawa baru mahu bermula untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Perkataan "berkecimpung" pula seakan-akan sudah lama bergiat dalam bidang perniagaan. Oleh yang demikian, pemahaman saya ialah kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan untuk menggantikan sesama perkataan, bergantung kepada penyusunan semula ayat, tetapi perbezaan antara dua ini ialah dari segi penggunaan: "cebur" bagi sesuatu yang baru hendak melibatkan diri, manakala "kecimpung" adalah bagi yang telah lama melibatkan diri. Soalan saya, adakah pemahaman saya ini betul atau salah? Sekian, terima kasih. | Berdasarkan petikan “Bagaimanapun Shamsudin menggalakkan mereka yang ingin menceburi perniagaan perlu mewujudkan peluang baru perniagaan dan bukannya berkecimpung dalam perniagaan yang sudah sedia ada” Pemahaman tuan dalam konteks petikan tersebut betul kerana “ingin menceburi” bermaksud baru/berhasrat untuk berniaga. Manakala “berkecimpung” dalam petikan tersebut merujuk kepada perniagaan yang sedia ada. Kata “cebur” dan “kecimpung” ialah kata nama yang bemaksud “bunyi seperti benda yang besar jatuh ke dalam air”. Kata “menceburi” dan “berkecimpung” pula menbawa makna kiasan iaitu “melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu pergerakan, kegiatan ekonomi, politik dan sebagainya”. Kata “menceburi” dan “berkecimpung” boleh bertukar ganti penggunaannya berdasarkan konteks ayat. Perkataan yang berbeza, namun mempunyai maksud yang sama membuktikan kekayaan kosa kata bahasa Melayu. | Tatabahasa | 03.12.2021 |
Bolehkah perkataan bandar agropolitan digunakan? Semakan istilah: Bandar Interaktif Agro Teknologi, Bandar Interaktif Agro Ekonomi, Bandar Interaktif Agro Pelancongan. Bolehkan semua istilah ini digunakan untuk menggambar sebuah kawasan petempatan yang sedang membangunkan dan produk utamanya berasaskan pertanian komersial. Contohnya: Kerian Bandar Interaktif Agro Teknologi. | Ejaan yang betul ialah agroteknologi, agroekonomi dan agropelancongan. Pada pandangan kami bagi menamakan sebuah petempatan yang berasaskan pertanian komersial sebagai kegiatan utamanya ialah Bandar Interaktif Agroekonomi. | Tatabahasa | 18.03.2013 |