Cara menulis persoalan dalam sastera. Adakah selepas perkataan persoalan dimulakan dengan kata nama/ kata terbitan. Contoh, persoalan kegigihan bekerja. Kegigihan ialah kata nama terbitan. Boleh tidak selepas persoalan dimulakan dengan kata kerja atau kata tugas. Contoh, persoalan tolong-menolong dalam masyarakat. Tolong-menolong ialah kata kerja. Persoalan tidak menghargai masa. Tidak ialah kata nafi. | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Mohon berikan soalan yang lebih mudah difahami supaya pihak kami boleh memberikan bantuan. Walau bagaimanapun, berikut diberikan contoh ayat yang tepat berkenaan penggunaan perkataan persoalan yang bermaksud sesuatu yang dipersoalkan atau masalah. Contoh dalam ayat: Semakin hari "persoalan" wanita semakan menjadi bertambah menarik. | Tatabahasa | 03.05.2020 |
Saya ingin mendapat penjelasan tentang teknik menulis persoalan yang betul untuk menjawab kertas Kesusasteraan Melayu SPM. Golongan kata yang manakah yang betul digunakan selepas perkataan persoalan. Adakah kata nama/ kata nama terbitan sahaja, atau boleh menggunakan perkataan golongan kata kerja, kata adjejtif atau kata tugas. Contoh 1: Persoalan kegigihan bekerja. Perkataan kegigihan ialah kata nama terbitan. Contoh 2: Persoalan mementingkan diri sendiri. Perkataan mementingkan ialah kata kerja. Adakah kata kerja boleh diletakkan selepas perkataan persoalan. Contoh 3: Persoalan tidak mementingkan masa. Perkataan tidak ialah kata nafi (golongan kata tugas). Adakah kata nafi boleh diletakkan selepas perkataan persoalan. Jika kata kerja dan kata nafi tidak boleh diletakkan selepas perkataan persoalan, bolehlah digunakan perkataan sikap selepas perkataan persoalan. Contoh 1: Persoalan sikap mementingkan diri sendiri. Contoh 2: Persoalan sikap tidak mementingkan masa. | Pada kelazimannya kata nama dirangkaikan dengan kata nama atau kata sendi nama, seperti persoalan wanita dan persoalan dalam kalangan wanita. Kata persoalan juga boleh diikuti dengan kata nafi. Satu lagi aspek yang perlu diberikan perhatian ialah aspek makna kata. Contohnya ayat, persoalan mementingkan diri sendiri memberikan maksud yang tidak jelas. Oleh itu, ayat itu juga menjadi kurang tepat. Walau bagaimanpun, untuk mendapatkan skema jawapan yang betul berkaitan dengan peperiksaan, tuan perlu merujuk pihak yang lebih berwibawa, iaitu guru yang mengajarkan subjek berkenaan. | Tatabahasa | 06.05.2020 |
Saya ingin mendapatkan kepastian tentang terjemahan beberapa perkataan (BI kepada BM) 1. Curiosity strength = kekuatan perasaan ingin tahu 2. Jugment/critical thinking strength = kekuatan pemikiran kritis/penghakiman 3. Perseverance strength= kekuatan kegigihan 4. Zest strength= kekuatan semangat diri 5.Kindness strength= kekuatan baik hati 6. Forgiveness/mercy strength = kekuatan dalam memaafkan dan belas kasihan 7. Humility/ Modesty strength = kekuatan kerendahan/kesederhanaan 8.Prudence strength= kekuatan dalam membuat pertimbangan 9. Spirituality/sense of meaning strength= kekuatan kerohanian dan rasa bermaknaan. Saya sedang menjalankan kajian (character strength)dengan melibatkan perkataan-perkataan tersebut. Walaupun penterjemahan telah dijalankan namun saya ingin mendapatkan ketepatan makna dalam BM. Maka berharap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian, terima kasih. | Cadangan kami: 1. Curiosity strength - tahap perasaan ingin tahu 2. Jugment/critical thinking strength - tahap pemikiran kritis/penghakiman 3. Perseverance strength - tahap ketabahan 4. Zest strength - tahap semangat diri 5. Kindness strength - tahap kebaikan 6. Forgiveness/mercy strength - tahap kemaafan dan belas kasihan 7. Humility/Modesty strength - tahap kerendahan hati/kesederhanaan 8. Prudence strength - tahap kebijaksanaan 9. Spirituality/sense of meaning strength - tahap kerohanian dan rasa bermaknaan Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini perlulah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.11.2018 |
Saya ingin mendapatkan kepastian tentang terjemahan beberapa perkataan (BI kepada BM) 1. Curiosity strength = kekuatan perasaan ingin tahu 2. Jugment/critical thinking strength = kekuatan pemikiran kritis/penghakiman 3. Perseverance strength= kekuatan kegigihan 4. Zest strength= kekuatan semangat diri 5.Kindness strength= kekuatan baik hati 6. Forgiveness/mercy strength = kekuatan dalam memaafkan dan belas kasihan 7. Humility/ Modesty strength = kekuatan kerendahan/kesederhanaan 8.Prudence strength= kekuatan dalam membuat pertimbangan 9. Spirituality/sense of meaning strength= kekuatan kerohanian dan rasa bermaknaan. Saya sedang menjalankan kajian (character strength)dengan melibatkan perkataan-perkataan tersebut. Walaupun penterjemahan telah dijalankan namun saya ingin mendapatkan ketepatan makna dalam BM. Maka berharap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian, terima kasih. | Terjemahan tersebut boleh digunakan kecuali perkataan penghakiman digantikan dengan pertimbangan dan memaafkan digantikan dengan pemaafan. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.11.2018 |
Salam. Saya merupakan pelajar di sebuah kolej. saya diberi tugasan untuk melaksanakan Extended Essay. oleh itu, saya telah memilih subjek Bahasa Melayu dan telah bercadang untuk mengkaji novel Beruk oleh pengarang Azizi Abdullah. walaubagaimanapun saya mempunyai sedikit masalah. mohon bantuan DBP. saya ingin menulis tentang 'pengarang menggunakan haiwan untuk menjadi simbol dalam kehidupan manusia' . antara isi saya ialah simbol kasih sayang, kemiskinan, kegigihan dan kesetiaan. adakah isi saya sesuai? apakah tajuk esei yg sesuai utk saya ? | Kami berpandangan lebih baik kiranya puan bertanyakan kesesuaian tajuk tugasan puan kepada pensyarah yang berkenaan. | Lain-lain | 18.12.2014 |