Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegunaannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bukankah Bahasa Baku telah diarahkan supaya diberhentikan kegunaannya secara resmi, kenapa kini masih terdapat kegunaannya secara berleluasa oleh pihak TV, khanya penyampai berita di TV 3 dan TV1, kami berasa agak pedih telinga setiap kali terdengar bacaan yang anih dan pelik sama sekali bertentangan dengan dasar Kerajaan dalam Penggunaan Bahasa Malaysia yang betul. tolong beri nasihat, terima kasih.

Encik Wong, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Mengenai arahan supaya bahasa baku diberhentikan penggunaanya, tidak pernah pula saya melihat arahan tersebut. Bagi saya penggunaan bahasa baku itu adalah baik kerana sebutan dibuat mengikut ejaan. Kalau  hendak dibandingkan dengan bahasa Perancis umpamanya lagi teruk. Ejaannya lain bunyinya lain. Cuma bagi saya semua itu 'alah bisa tegal biasa' -jika telah biasa kita gunakan tentu kita tidak menghadapi masalah untuk menyebutnya.

Tatabahasa25.02.2009
Riuh seperti pasar, besar seperti gajah telah digunakan dalam Buku Teks Tahun 2 SJKC. Ingin saya tahu maksud dengan lebih lanjut kegunaannya. Suasana Majlis perkahwinan riuh seperti pasar, udang galah yang dihidangkan itu besar seperti gajah tepat atau tidak kegunaannya. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat bagi perumpamaan riuh seperti pasar betul penggunaannya di dalam ayat. Tetapi, penggunaan perumpamaan besar seperti gajah kurang sesuai di dalam ayat kerana udang galah tidak akan kelihatan sebesar gajah.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa29.01.2018
maksud perkataan berbeli dan kegunaannyaMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, berbeli ialah dapat) dibeli, (dapat) dibayar, terbayar: ikan juga tidak pernah ~; ambil sajalah, tak usah ~;. Untuk keterangan lanjt, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa12.01.2009
Apakah terjemahan untuk 'plastic sleeve'? Contoh kegunaannya: Kertas diletakkan di dlm plastic sleeve utk melindunginya daripada terkena air dsb.Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah plastic sleeve. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu bagi sleeve ialah sarung. Cadangan kami ialah sarung plastik jika bersesuaian dengan konsep produk tersebut.Penyemakan dan penterjemahan21.05.2015
Bolehkah anda menyenaraikan nama bentuk-bentuk puisi dan kegunaannya?

Salam. Bagi menjawab soalan tersebut, sdr dicadangkan merujuk atau membeli buku terbitan DBP yang berjudul Panduan Menulis Sajak karya Rahman Shaari dan Puisi Melayu Tradisional - Satu Pembicaran Genre dan Fungsi karya Harun Mat Piah (1989). Maklumat lanjut tentang hal ini, boleh juga dirujuk pada buku Glosari Istilah Kesusasteraan, terbitan DBP 1988 yang diselenggarkan oleh Safian Hussain dan lain-lain. Dalam hal ini, sdr juga boleh merujuk ketiga-tiga buku tersebut di mana-mana perpustakaan utama atau di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. 

Sekian dan wassalam. 

Lain-lain18.12.2010
Selamat pagi, Frasa “belakangan ini” dan “kebelakangan ini” sama kegunaannya? Adakah kedua-dua frasa ini betul? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian. Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan.Lain-lain25.05.2010
apakah makna perkataan 'terendak'.Jika ia sejenis benda,apakah kegunaannyaMaknanya ialah sj penutup kepala atau tudung yg lebar tepinya (dibuat drpd anyaman buluh, rotan, dll). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna15.10.2008
Bekas graduan: Macam mana seseorang itu boleh jadi "bekas graduan". Adakah istilah ini betul kegunaannya. Mohon pencerahan.Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), graduan bermaksud seperti yang berikut:

graduan kata nama
1 pelajar institusi pengajian tinggi yang akan menerima sijil, diploma atau ijazah pada hari konvokesyen;
2 orang yang lulus dan memperoleh ijazah daripada institusi pengajian tinggi: Universiti tempatan mengeluarkan lebih banyak graduan jurusan sastera berbanding sains.

ASAL: [daripada bahasa Inggeris graduand daripada bahasa Latin graduandus]

Penggunaan "bekas graduan" adalah tidak tepat dari segi semantik atau maknanya.
Makna31.10.2023
"menyuruh orang menghimpunkan semua rakyat" ataupun "menyuruhkan orang menghimpunkan semua rakyat", manakah lebih tepat. Apakah bezan kegunaannya "menyuruh" dan "menyuruhkan"Menyuruh dan menyuruhkan, kedua-duanya merupakan kata kerja transitif. Menyuruh bermaksud memberi perintah atau menyuruh seseorang melakukan sesuatu (Pihak tentera menyuruh pemandu membuka tempat simpan barang), manakala menyuruhkan bermaksud menyuruh seseorang melakukan sesuatu (Sultan pun menyuruhkan utusan utusan kepada segala raja yang di bawah angin ini). Berdasarkan makna, kedua-dua perkataan membawa maksud yang hampir sama. Walau bagaimanapun perkataan menyuruhkan banyak ditemukan dalam wacana klasik. Berdasarkan contoh ayat yang diberi, sekiranya diambil daripada karya klasik perkataan menyuruhkan digunakan - "menyuruhkan orang menghimpunkan semua rakyat", manakala dalam konteks wacana moden kata menyuruh digunakan  seperti "Ketua menyuruh pegawai sentiasa berwaspada ketika menjalankan tugas".Tatabahasa25.04.2023
Selamat petang Macam mana hendak membezakan imbuhan me-...-i dan me-...-kan? Saya mendapati bahawa contoh ayat dalam kamus dewan dan pelita bahasa berbeza kegunaannya. Adakah kedua-dua ayat di bawah ini gramatis? a. Dia pula tidak sepi drpd meminjamkan beras atau wang kpd tetangganya. (Kamus Dewan) b. Usahawan itu meminjamkan Ah Long wang. (Pelita bahasa) Selepas imbuhan me-...-kan, perlu diikuti dengan objek yang bernyawa atau tidak? Dalam pelita bahasa juga mencatatkan ayat "Usahawan itu meminjamkan wang daripada Ah Long" tidak gramatis. Jadi, ayat yang berikut yang manakah gramatis? a.) Ali meminjamkan Ravi nota-nota kuliah. atau b.) Ali meminjamkan nota-nota kuliah kepada Ravi. Sekian, terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm. 1212), maksud 'meminjamkan' ialah memberikan barang dan lain-lain untuk dipinjam. Daripada contoh ayat yang dibertikan, ayat yang gramatis ialah meminjamkan wang atau meminjamkan nota. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 190 - 217.

Tatabahasa03.06.2010
12

Kembali ke atas