saya hendak membeli buku Mukadimah Ibnu Khaldun terbitan DBP...namun telah kehabisan stok di kedai-kedai buku yang telah dikunjungi...Bagaimana caranya? | Puan boleh cuba menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP melalui talian 03-2147 9677 atau 03-2147 9678 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 13.07.2016 |
9) Van yang membawa pekerja kilang itu tersengguk-sengguk kerana hampir kehabisan minyak. 10) Ayah telah membeli beberapa tangkai tasbih semasa mengerjakan umrah di Mekah. | 1. Perkataan tersengguk-senguk tidak sesuai kerana perkataan tersebut bermaksud terangguk-angguk(orang mengantuk).2. Perkataan tangkai tidak sesuai kerana perkataan ini bermaksud i.gagang pada buah ii. penjodoh bilangan untuk bunga. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
ayat-ayat berikut betul? 1. kereta itu berhenti di tepi jalan kerana kehabisan minyak. 2. Arang itu diperalat oleh Amir untuk melukis gambar. 3. saya mempertajam pisau itu kerana tumpul. 4. Saya mempertajam pisau yang sudah tumpul itu. | Semua ayat yang dikemukakan oleh saudara betul. Terima kasih. | Lain-lain | 03.03.2007 |
Suhaily Suhana MON 11:02AM Assalamualaikum saya berminat mencari buku ini namun byk laman sesawang koop dan dbp telah kehabisan stok boleh mintak tolong dapatkan buku ini x tq | Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih | Lain-lain | 25.07.2016 |
apakah maksud pokai dan berikan contoh penggunaan dalam ayat. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, pokai merupakan bahasa percakapan yang bermaksud tidak ada wang lagi, sudah kehabisan wang. Contoh ayat ialah ; Engkau hendak pinjam daripada aku macam mana, aku hendak beri sebab aku pun dah pokai. | Tatabahasa | 19.03.2013 |
Salam sejahtera. Tuan, saya ingin dapatkan bantuan tentang penggunaan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan seperti ayat di bawah. Bas yang membawa pekerja kilang itu --------- kerana hampir kehabisan minyak. Penggunaan perkataan tersengguk-sengguk dan terhentak-hentak tidak sesuai. Boleh atau tidak menggunakan perkataan terhenti-henti? terima kasih | Cadangan kami terhenti-henti. Harap maklum. | Tatabahasa | 28.07.2008 |
assalamualaikum. saya mempunyai 12 orang adik beradik. kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua. jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai? (contoh: along, angah,....) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 12 gelaran. terima kasih | Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu. Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. | Makna | 23.09.2011 |
Pertanyaan Penyemakan: Tarikh Diperlukan Minggu Ini Adakah buku KAMUS TEKNOLOGI MAKANAN diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka? Sekiranya tidak, adakah encik tahu syarikat yang menerbitkan buku kamus itu? | Kamus Teknologi Makanan diterbitkan oleh DBP, namun buat masa ini telah kehabisan stok. | Lain-lain | 27.04.2015 |
Salam Mesra, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "stock-outs"? Contoh ayat: Communication about order status, back-orders / stock-outs. Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | Berdasarkan pangkalan data DBP, dalam bidang ekonomi dan perniagaan padanan bagi ‘stock-outs’ ialah kehabisan stok. | Istilah | 06.05.2014 |
(1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh menggantikan perkataan 'hang' dalam konteks ayat - "Anak saya akan gelisah jika peranti mudah alih yang digunakannya 'hang' " ? (2) Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan 'uneasy' dalam konteks ayat ini - "I feel uneasy when my mobile phone is broken" (3) Adakah 'tidak tenteram' , 'tidak senang' , 'gelisah' menggambarkan perasaan yang membawa maksud yang sama? (4) Adakah perkataan 'tergendala' boleh digunakan bagi menggambarkan telefon pintar yang sedang 'hang'? (5) Dalam konteks ayat ini - "Anak saya berasa tidak senang apabila peranti mudah alih yang digunakannya kehabisan bateri. " Perkataan yang sesuai adalah 'berasa' atau 'merasa'? Apakah yang membezakan kedua-dua maksud perkataan ini? Terima kasih. | (1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh menggantikan perkataan 'hang' dalam konteks ayat - "Anak saya akan gelisah jika peranti mudah alih yang digunakannya 'hang' " ? Jawapan: Menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan, perkataan hang boleh bermaksud delay, iaitu tergendala. Maka, pihak kami mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi perkataan tersebut ialah tergendala. (2) Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan 'uneasy' dalam konteks ayat ini - "I feel uneasy when my mobile phone is broken" Jawapan: Pihak kami mencadangkan padanan bagi perkataan 'uneasy' dalam konteks ayat tersebut ialah risau. (3) Adakah 'tidak tenteram' , 'tidak senang' , 'gelisah' menggambarkan perasaan yang membawa maksud yang sama? Jawapan: ‘tidak tenteram' dan ‘gelisah’ membawa maksud yang sama. Namun, ‘tidak senang’ lebih tepat sekiranya ditambah dengan perkataan hati, iaitu ‘tidak senang hati’ (biasanya disebabkan oleh sesuatu perkara atau perbuatan). (4) Adakah perkataan 'tergendala' boleh digunakan bagi menggambarkan telefon pintar yang sedang 'hang'? Jawapan: Perkataan tergendala boleh digunakan bagi menggambarkan telefon pintar yang sedang 'hang' (5) Dalam konteks ayat ini - "Anak saya berasa tidak senang apabila peranti mudah alih yang digunakannya kehabisan bateri. " Perkataan yang sesuai adalah 'berasa' atau 'merasa'? Apakah yang membezakan kedua-dua maksud perkataan ini? Terima kasih. Jawapan: Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan makna kedua-duanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya, perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan makna (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit, dan (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Merasa pula biasanya bermaksud mengalami rasa dengan lidah seperti manis atau masin. Oleh sebab itu, pihak kami mencadangkan penggunaan perkataan berasa dalam konteks ayat yang diberikan.
| Makna | 09.11.2019 |