Selamat pagi tuan/puan, saya ingin mengajukan soalan tentang penggunaan perkataan sinonim yang sesuai bagi teks/ayat dibawah. 1. Ketibaan Perdana Menteri di perhimpunan rakyat itu disambut dengan meriah sekali. Berdasarkan ayat diatas, terdapat dua jawapan yang mengelirukan iaitu 1. Kehadiran 2. Kedatangan. Ramai guru menjawab soalan tersebut dengan jawapan 1. Kehadiran. Adakah jawapan 1. kehadiran sesuai dengan perkataan Ketibaan? Segala kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata “ketibaan” membawa maksud perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan. Makna kata “kehadiran” pula ialah perihal hadir (di sesuatu perjumpaan, mesyuarat, dan sebagainya), perihal berada (di sesuatu tempat dan lain-lain), adanya, kedatangan. Walau bagaimanapun, kesesuaian penggunaan perkataan ini perlu dilihat berdasarkan konteks ayat atau wacana ayat tersebut digunakan. Contoh ayat: i. Kedatangan pelajar di dalam kelas dicatat pada setiap hari. ii. Ketibaan pelajar dalam Perhimpunan Bulanan KPM disambut oleh urus setia. iii. Kehadiran kuasa besar boleh membawa kesan buruk kepada negara-negara Asia Tenggara. iv. Kehadiran Perdana Menteri dalam perhimpunan rakyat itu disambut dengan meriah sekali. | Tatabahasa | 03.04.2020 |
Penggunaan ayat 'Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pelatih industri dari/daripada Universiti Utara Malaysia? Terima kasih. | Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pelatih industri daripada Universiti Utara Malaysia. | Tatabahasa | 16.08.2012 |
Kehadiran partikel ini bukan calang-calang berbahaya kepada semua organisma di bumi ini. (tuan, adakah ayat ini gramatis? tq) | Ayat yang betul ialah 'Kehadiran partikel ini sangat berbahaya kepada semua organisma di bumi ini.' | Tatabahasa | 15.08.2011 |
bagaimana penggunaan gelaran dr. dalam penulisan kehadiran minit.. adakah ditulis tuan dr. atau dr. sahaja. mohon penjelasan.terima kasih | Dalam penulisan kehadiran minit mesyuarat, gelaran "doktor" cukup ditulis dangan "Dr." sahaja. | Lain-lain | 19.04.2016 |
saya ada kekeliruan berhubung beberapa perkataan. cth spt di bwh :- 1) Pengerusi mengucapkan terima kasih ke atas kehadiran semua ... Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ... 2) Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 antara segamat - labis Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 di antara segamat - labis 1) kontraktor mstilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah sebutharga ini. 1) kontraktor mstilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam sebutharga ini. kekeliruan - ke atas & di atas, antara & di antara dan di bawah & di dalam. mana yang betul? Tk. | Penggunaan beberapa perkataan dalam contoh ayat yang diberi telah di buat pembetulan, iaitu: 1) Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua (di atas dan ke atas menunjukkan tempat/arah) 2) Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 di antara Segamat dengan Labis (penggunaan di antara melibatkan konsep ruang, manakala penggunaan antara tidak melibatkan konsep ruang) 1) Kontraktor mestilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan dalam sebut harga ini (penggunaan di dalam melibatkan konsep ruang) | Tatabahasa | 09.03.2011 |
Mohon dapatkan terjemahan Bahasa Melayu bagi perkataan web presence | Untuk makluman, tidak terdapat istilah web presence dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah presence dalam istilah teknologi maklumat yang padanan bahasa Melayunya ialah kehadiran. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah kehadiran web atau kehadiran dalam web. | Istilah | 10.01.2013 |
tuan 1. para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas.(kesalahan diketengahkan, tetapi saya merujuk kamus dewan, diketengahkan bermaksud membawa ke tengah: ~ perahu, mengapa salah pula?) 2.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. (tuan, apakah perbezaan antara soalan 2 dengan 3, bagaimanakah saya terangkan kepada pelajar soalan 2 adalah salah dan soaaln 3 adalah betul.) terima kasih tuan | 1. Para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas. - ayat ini betul, diketengahkan dalam ayat ini bermaksud ditampilkan ke hadapan atau ditonjolkan (bukan dibawa ke tengah). 2. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. Kedua-dua ayat ini betul kerana menyerikan bermaksud menyemarakkan majlis, manakala berserilah bermaksud bersemaraklah majlis. | Tatabahasa | 31.03.2011 |
Mengapakah perkataan di bawah salah? 1. Matahari timbul di sebelah timur. Apakah maksud ....Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul. | Salah satu makna timbul ialah terbit, oleh itu ayat "matahari timbul di sebelah barat" adalah betul. Maksud "Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul." ialah sikap Ali yang tidak bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan. | Tatabahasa | 09.12.2008 |
We’re thrilled to have you on board and can’t wait to get to know you. diterjemahkan kepada: Kami teruja dengan kehadiran tuan dan tidak sabar untuk mengenali tuan Mohon semakan | Cadangan, kami amat seronok dengan kehadiran tuan dan tidak sabar untuk mengenali tuan. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.01.2020 |
"Dengan kehadiran tuan-tuan dan puan- puan akan menambah seri majlis persandingan anak lelaki tunggal kami dengan pasangannya." Soalan: Boleh atau tidak perkatan "dengan" digunakan pada permulaan ayat? diharap pihat DBP dapat berikan penjelasan lanjut. terima kasih. | Kata "dengan" boleh digunakan pada permulaan ayat, tetapi ayat yang saudara berikan telah lengkap tanpa adanya kata "dengan" - Kehadiran tuan-tuan dan puan- puan akan menambah seri majlis persandingan anak lelaki tunggal kami dengan pasangannya." | Tatabahasa | 27.05.2008 |