maksuk integriti institusi kehakiman | Integriti institusi kehakiman bermaksud institusi kehakiman yang lengkap, kejujuran, keadaan sempurna dan utuh. | Makna | 27.09.2009 |
Kebebasan Kehakiman Digasir, Ekonomi Tergugat Apakah makna perkataan digasir. Terima Kasih | Kata gasir bermaksud menggali lubang dalam tanah (sama makna dengan kata gangsir). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 25.10.2009 |
Mohon daftar ejaan jawi yang tepat mengikut DBP bagi perkataan di bawah: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA | Padanan Jawi untuk JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA ialah: جابتن کحاکيمن شرعية مليسيا | Lain-lain | 23.04.2019 |
Mohon semakan adaakh ayat ini tepat?: Ke arah merangsang realisasi ciri pandangan-pandangan menyeluruh tentang sistem perundangan Islam, buku ini menggariskan kesan/masalah pemikiran kehakiman yang berdasarkan prinsip asbab | Ayat yang betul ialah “Untuk merealisasikan pandangan menyeluruh tentang sistem perundangan Islam, buku ini menggariskan kesan atau masalah pemikiran kehakiman yang berdasarkan asbab”. | Tatabahasa | 27.11.2022 |
apakah peranan bahasa melayu di dalam bidang pentadbiran,kehakiman,pendidikan,keagamaan,perniagaan,teknologi maklumat,hiburan? | Peranan bahasa Melayu dalam kesemua bidang yang dinyatakan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan. | Lain-lain | 27.03.2008 |
Salam/ selamat sejahtera, Pertanyaan saya, adakah terma-terma perundangan/ kehakiman seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim perlu ditulis huruf besar walaupun di tengah-tengah ayat. Contoh: 1) Amber memohon kepada Mahkamah (mahkamah) di Virginia untuk mengetepikan saman itu. 2) Oleh yang demikian, Hakim (hakim) berpendapat terbukti Amber dipukul. 3) Apabila saksi Plaintif (plaintif) terpaku begitu. 4) Peguam Defendan (defendan) tiada bantahan. Terima kasih. | Perkataan-perkataan dalam terma perundangan seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim merupakan kata nama am dan ditulis dalam huruf kecil di tengah-tengah ayat. Namun penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam sesuatu wacana. | Ejaan | 30.05.2023 |
Adakah hokkien dikategorikan sebagai bahasa atau dialek. Contoh ayat, Tertuduh XX membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dalam ........Hokkien di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk XX Terima kasih. | Hokkien merujuk kepada dialek yang dituturkan oleh suku kaum Hokkien. Oleh itu, ayat yang betul ialah “Tertuduh Amiruddin bin Ali membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam dialek Hokkien di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hamdan”. Sila rujuk buku Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 782. | Lain-lain | 07.08.2024 |
adakah ayat-ayat di bawah tepat, mohon cadangan ayat yang betul: 1. Adalah penting bahawa kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini. 2. Kerana maqasid didapati daripada nas secara induksi, maslahah akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid, sebagaimana disyorkan ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut,karya Ibn al-Hasan al-Shaybani. | Berdasarkan semakan kami, cadangan ayat yang betul ialah: 1. Kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini adalah amat penting. 2. Oleh sebab maqasid syariah didapati daripada nas secara induksi, maka maslahat akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid syariah sebagaimana yang disyorkan oleh ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut, karya Ibn al-Hasan al-Shaybani. | Tatabahasa | 03.11.2022 |
Saya ingin bertanya mengenai istilah sesuai bagi Mitigation. Mitigation yang saya maksudkan ialah dari segi Undang-Undang. Rujukan untuk memahami maksud Mitigation https://www.kehakiman.gov.my/sites/default/files/2020-04/CRIMINAL%20PROCEEDING_Compressed_0.pdf (muka surat 2 di bawah tajuk "Plea of mitigation"), atau lampiran Fail yang saya sertakan, pada muka surat dan tajuk yang sama. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu bagi istilah mitigation ialah pengurangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Dalam bidang undang-undang, padanan bahasa Melayu bagi istilah mitigation of damage ialah pengurangan ganti rugi. | Istilah | 09.04.2023 |
Assalamualaikum. Sebagai Bahasa Kebangsaan bagi negara mengikut Perlembagaan Malaysia, DBP & Lembaga Pengelolanya bertanggungjawab, melapor diri, dan liable kepada siapa? Yg Dipertuan Agong, PM, Jemaah Menteri (kementerian mana), Badan Perundangan (Parlimen), Badan Kehakiman, atau siapa? Saya juga cadangkan penambahan kepada objektif DBP iaitu pematuhan pada penguasaan amali Bahasa Melayu (bertutur, membaca, menulis, dan memahami) oleh warga negara Malaysia sepertimana takrifan warga negara di Perlembagaan Malaysia. Terima kasih. | DBP ialah badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan pelaksanaannya di bawah kawalan Lembaga Pengelola DBP. Kami amat bersetuju dengan pandangan tuan, sewajarnya warganegara Malaysia menguasai bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu dan menggunakannya pada setiap peringkat urusan lebih-lebih lagi dalam konteks rasmi di dalam mahupun di luar negara. Syabas, kami ucapkan kepada tuan yang berusaha mengekalkan jati diri warganegara Malaysia walau di mana jua tuan berada. | Lain-lain | 04.03.2019 |