Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ha.nga.tan] | کهاڠتن

Definisi : 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), keme­riahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ per­debatan itu meresahkan orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ha.nga.tan] | کهاڠتن

Definisi : keadaan atau sifat hangat; kepanasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hangat (adjektif)
1. Rujuk panas 1

2. Dalam konteks sambutan
bersinonim dengan meriah, baik,

3. Dalam konteks perdebatan
bersinonim dengan berkobar-kobar, berapi-api, bersemangat, hebat, genting, tegang, sengit, meruncing,

Kata Terbitan : hangat-hangat, berhangat, menghangat, menghangatkan, kehangatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam kehangatan kisah perkahwinan Siti Nurhaliza, saya ingin bertanya... Apakah perbezaan (jika ada) dari segi maksud dan nahu: 1. Aku terimanya nikah... 2. Aku terima nikahnya... 3. Aku terima nikah...?Lafaz lazim dalam hal ijab kabul ialah "Aku terima nikahnya ....". 'Nya' di sini merujuk pihak perempuan. Ini laras bahasa bidang agama Islam.Makna22.08.2006
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar.

Di Perpustakaan

 

Melangkah ke ruangmu

satu pertukaran yang kontras

dari kehangatan merata

ke kedinginan yang menerpa

terlalu hening di sini

gua pendeta bersemadi

di puncak sepi

di sana sini

kepala-kepala runduk meneliti

mata dan fikir bersebati.

 

Maju ke ruang buku

terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu

tercurah berzaman

dalam tak terselam

betapa pun kulayari

bahtera ilmu di sini

tak terteroka

yang akan kucatat

hanya setitik dari tinta

yang akan kupetik

hanya sebiji dari mutiara

engkau adalah pusaka moyang

gedung peradaban insan

terhimpun berzaman.

 

bersemadi di sini

aku adalah pelayar yang dahaga

di dada samudera tak berpantai

betapa pun keteguk darinya

dahaga tak pernah langsai

Lain-lain28.03.2010

Kembali ke atas