Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ hati hajat, keinginan, ke­mahu­an yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Kalau ada nenek tua,
     Kayu bongkok mati dijulang;
Kalau kehendak kita berdua,
     Karam perahu sama direnang.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna kepuasan hatiMenurut Kamus Dewan maksud

berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll);

memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~;

Sdr juga boleh  mendapatkan kemudahan menggunakan Kamus Dewan secara digital dengan melayari laman DBP.

Lain-lain04.03.2008
graduan dalam negara lebih berkualiti dalam memenuhi pasaran kerja..? ini adalah kehendak soalan karangan perbahasan. saya tidak memahami apakah kehendak soalan ini..Untuk pertanyaan ini, seelok-eloknya, saudara bertanya kepada guru saudara sekiranya saudara tidak faham atau tidak jelas dengan sesuatu perkara berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Kemungkinan tajuk perbahasan ini berkaitan dengan perbandingan kualiti antara seorang siswazah yang berkelulusan daripada universiti dalam negara dengan siswazah yang berkelulusan daripada universiti luar negara.  Lain-lain22.02.2009
apakah erti perkataan "iradah"Kata iradah berasal dari Arab yang bermkasud kehendak. Jika merujuk kepada sifat 20 Allah, iradah di sini merujuk kepada kehendak Allah.Makna26.08.2008
Saya ingin tahu perlukah diulangi menulis Surat Pekeliling Ikhtisas seperti yang berikut: Pihak sekolah berjaya menawarkan kerja kursus seperti kehendak Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1993 : Kerja Kursus Untuk Penilaian Menengah Rendah.(penggunaan pertama-ditulis penuh). Namun, tidak ramai guru yang mematuhi kehendak SPI Bil. 9/1993. (Penggunaan ke-2).Boleh disingkatkan seperti ini atau diulang sepenuhnyaPengulangan perkataan yang sama dalam satu ayat dibenarkan bergantung pada konteks ayat.Tatabahasa06.11.2010
1) berikut adalah ayat yang akan digunakan dalam satu iklan jam CYMA. Betulkah penggunaan ayat tersebut ataupun tidak jelas maksudnya??? Sesetengah Orang Berpegang Teguh Kerana Prinsip Teguh kerana Kehendak.Dua teks dikemukakan. 1. Sesetengah orang berpegang teguh pada prinsip 2. Teguh kerana kehendak   Tatabahasa23.09.2008
Salam sejahtera.. Saya ingin bertanyakan adakah terdapat dalam sistem bahasa melayu berkaitan dengan "kata kehendak'...saya musykil kerana ada buku yang menulis begitu..tetapi contoh ayat yang diberi berpadanan dengan "kata perintah"..perkataan yang digunakan ialah 'Tolong doakan kejayaan saya'.. Apa pandangan pihak tuan.. Terima kasih

Encik Fadhil,

Perkataan yang biasa digunakan dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu dan di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga  ialah kata permintaan dan digunakan dalam ayat permintaan.  Kata kehendak mungkin digunakan oleh penulis buku berkenaan sebagai variasi atau penjelasan tambahan kepada kata permintaan. 

Tatabahasa06.05.2010
Ayat yang mana satukah menepati kehendak tatabahasa Melayu? Adakah ketiga-tiga ayat boleh diterima? Pohon penjelasan untuk jawapan tuan. 1) Perlindungan akan diberikan kepada orang yang membuat laporan daripada tindakan undang-undang. 2) Perlindungan daripada tindakan undang-undang akan diberikan kepada orang yang membuat laporan. 3) Perlindungan kepada orang yang membuat laporan daripada tindakan undang-undang akan diberikan.Ayat yang gramatis ialah ayat kedua, Perlindungan daripada tindakan undang-undang akan diberikan kepada orang yang membuat laporan.Tatabahasa19.06.2012
selamat pagi, 1. wajah pesakit kamser itu_________ a. pucat b. cekang 2.Adakah kedua - ayat ini betul a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar b. Pendebat itu telah tandus idea bagi mematahkan hujah lawan. 3. Penjaga gol berjaya___________bola itu a. Menepis B. menangkis1. Wajah pesakit kanser itu pucat.

2. Tandus ialah 1. tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yang tidak ditumbuhi apa-apa.  2. telah habis langsung (berkenaan idea, modal, bakat).

     a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar.
    Penggunaan perkataan tandus tidak sesuai dalam ayat di atas.

    b. Pendebat itu telah ketandusan idea bagi mematahkan hujah lawan.

3. Penjaga gol berjaya menangkis bola itu.
Tatabahasa13.03.2013
Tuan, adakah kata depan ke- tergolong dalam imbuhan ke-? Setahu saya, ke- bukan satu imbuhan melainkan ke-....-an. Bagaimana pula dengan ketua dan kehendak, adakah ke- dihadapan perkataan menandakan imbuhan? Terima kasih.

Imbuhan merupakan bentuk terikat yang dicantumkan pada kata dasar dalam proses pembentukan kata.  Imbuhan terdiri daripada empat jenis: awalan, akhiran, sisipan, dan apitan. ketua dan kehendak merupakan imbuhan awalan manakala ke-...-an merupakan imbuhan apitan. untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan edisi ke-3 terbitan DBP halaman 107-131.

Tatabahasa01.08.2011
MAKNA PERSEPSI KEPUASAN PENGGUNAPersepsi Kepuasan Pengguna bermaksud tanggapan/pandangan mengenai kehendak pengguna terhadap sesuatu perkhidmatan, barangan dll yang memenuhi citarasapengguna.Makna16.02.2010
123

Kembali ke atas