Tuan, yang manakah betul, "pandangan hidup" atau "pandangan kehidupan", "gaya hidup" atau "gaya kehuidupan"? "Live" perbuatan bahasa Inggeris yang sepadan dengan "hidup"; "life" pula nama "live" bahasa Inggeris dan setimbal dengan "kehidupan". "Kehidupan" bentuk nama bagi perbuatan "hidup". Jadi, saya berpendapat bahawa yang betul "pandangan kehidupan" dan "gaya kehidupan" kerana "gaya kehidupan" selari dengan "lifestyle". Jika kita menulis "gaya hidup, maka padanan dalam bahasa Inggeris "livestyle", ini tidak betul! Lebih-lebih lagi, kita hendak menerangkan gaya tentang hal hidup kita, seperti gaya tidur kita, iaitu pukul berapa tidur, adakah berjoging antara hal hidup (kehidupan) kita, pemakanan antara hal hidup kita, jadi "gaya kehidupan" ini termasuklah gaya kita makan, sama ada makan makanan sihat atau sebaliknya. Samalah halnya dengan "pandangan kehidupan" - pandangan tentang hal-hal yang berlaku semasa kita hidup, hal hidup. "Gaya hidup" membawa maksud yang salah, kerana "hidup" ada kaitan dengan keadaan ada nafas, maka "gaya hidup"lah gaya bernafas kita, gaya kita "ada nyawa" (hidup = ada nyawa), maka tidak sampailah maksud! Kehidupan = life, lifestyle = gaya kehidupan. | Untuk makluman, gaya hidup ialah padanan bahasa Melayu untuk istilah "life style' dan pandangan hidup ialah padanan bahasa Melayu untuk "worldview" atau "world outlook". Istilah ini telah digunakan dalam pelbagai bidang ilmu dan tidak perlu ditukar kerana telah diterima dan telah mantap. Sekiranya puan tidak bersetuju dengan istilah tersebut, sila kemukakan pandangan puan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. | Istilah | 16.12.2016 |
ssalamualikum saya ingin bertanya tentang penggunaan 'tentang' 1.mengisahkan tentang kehidupan Alia. 2.mengisahkan kehidupan Alia. Ayat yang mana satu betul. | Frasa yang betul ialah "mengisahkan kehidupan Alia". | Tatabahasa | 13.08.2015 |
Cadangan terjemahan 'Better Data, Better Lives' adalah a) Data berkualiti untuk kehidupan yang harmoni b) Kehidupan bermakna bermula daripada data yang baik | Cadangan slogan dalam bahasa Melayu bagi frasa "BETTER DATA, BETTER LIVES" ialah "DATA BERKUALITI, KEHIDUPAN SEJAHTERA" jika bersesuaian dengan konsep yang hendak disampaikan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 08.05.2015 |
"mencapai kejayaan dalam hidup" atau "mencapai kejayaan dalam kehidupan"? Bagaimanakah cara penggunaan perkataan "hidup" dengan "kehidupan”? Apakah perbezaan "hidup" dengan "kehidupan"? | Hidup membawa banyak maksud antaranya terus bernyawa atau bernafas, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hidup untuk maklumat lanjut dan kehidupan ialah perihal hidup. Frasa yang betul ialah "mencapai kejayaan dalam kehidupan". | Tatabahasa | 12.05.2014 |
Ayat manakah yang betul? 1. Anda sedang diperhatikan atau anda sedang diperhati. 2. Menjalani kehidupan atau menjalankan kehidupan. Terima kasih. | Salam sejahtera, Bagi frasa yang pertama jawapan yang betul adalah 'Anda sedang diperhatikan' manakala frasa yang kedua jawapan yang betul ialah 'menjalankan kehidupan' Hal ini kerana, bagi frasa yang pertama merupakan apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Contohnya "memberikan" (bentuk aktif) dan "diberikan" (bentuk pasif). Bagi frasa kedua pula, apitan meN...i perlu diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). Contoh frasa yang diberikan ialah 'menjalankan kehidupan' men-...-kan perlu diikuti objek yang tidak bernyawa iaitu 'kehidupan'. Jadi jawapan yang tepat ialah 'Menjalankan kehidupan'. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 - 207. | Tatabahasa | 21.10.2012 |
Apakah perbezaan antara kehidupan harian dengan kehidupan seharian? Terima kasih. | Menurut data kami, harian bermaksud setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~ manakala seharian bermaksud sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~. | Tatabahasa | 09.10.2018 |
Salam sejahtera. Mohon Tuan terangkan perbezaan maksud 'harian' dan 'seharian' serta contoh penggunaannya. Kehidupan harian atau kehidupan seharian yang lebih tepat? Aktiviti harian atau aktiviti seharian yang lebih tepat? Sekian, terima kasih. | Menurut data kami, harian bermaksud setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~ manakala seharian bermaksud sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~. | Makna | 15.02.2017 |
Munsyi Dewan Kemusyikilan yang sering menghantui minda saya adalah tentang penggunaan kata keterangan 'lagi' dalam frasa kerja transitif, yakni 'meningkatkan lagi taraf kehidupan' ataupun 'meningkatkan taraf kehidupan lagi'. Persoalannya, bolehkah kata keterangan 'lagi' dapat disisipkan antara kata kerja transitif dengan frasa nama objek? Pada pengamatan saya, rumus kkt + lagi + objek adalah tidak gramatis kerana kkt dan objek merupakan bentuk terikat. Sekian. Salam hormat, KAY SEVEN | Lagi ialah kata penegas atau yang disebut juga partikel, berfungsi memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Ayat 'meningkatkan lagi taraf kehidupan 'sememangnya tidak gramatis, yang gramatis ialah ayat 'meningkatkan taraf kehidupan lagi'. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 261. | Tatabahasa | 23.12.2010 |
Taraf hidup/taraf kehidupan penduduk luar bandar telah meningkat. yang mana satu tepat? taraf hidup atau taraf kehidupan? tetamu sama tak dnegan tamu atau tamu-tamu? yang mana satu jamak? tetamu jamak ke? | taraf hidup dan taraf kehidupan, kedua-duanya boleh digunakan. Manakala perkataan tetamu sama makna dengan tamu, dan sekiranya penggunaan jamak untuk tetamu kita boleh menambahkan para, semua dll. Perkataan tamu-tamu bukanlah jamak kepada tetamu. | Tatabahasa | 22.10.2007 |
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat di bawah. Ayat di bawah merupakan pilihan soalan peperiksaan PMR[a] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat harga barang naik". [b] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat harga barang yang menaik" [c] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat kenaikan harga barang". Antara ayat berikut,manakah betul?Bolehkah tuan/puan memberikan penjelasannya.Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah [c] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar akibat kenaikan harga barang. | Lain-lain | 15.04.2010 |