Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kehitam-hitaman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rumahnya menjadi " perang " kerana tidak dijaga. Apakah kata yang sesuai untuk menggantikan "perang "?Pérang, iaitu warna merah yang kehitam-hitaman atau kekuning-kuningan. Oleh itu, ayat tersebut boleh ditukarkan menjadi "Rumahnya bertukar warna menjadi merah kehitam-hitaman kerana tidak dijaga.Tatabahasa24.07.2009
Yang manakah frasa gramatis antara "bewarna keperang-perangan" atau "bewarna hitam keperang-keperangan". Tolong Jelaskan

Frasa yang gramatis "bewarna keperang-perangan" kerana perang ialah warna merah yang kehitam-hitaman/kekuning-kuningan.

Tatabahasa23.10.2011
Selamat pagi ! Bolehkah tolong saya betulkan ayat ini ? Saya tidak pasti kesalahannya. 1 Daun pandan itu dilayur oleh nenek untuk dibuat tikar. dilayur boleh diguna ? 2 Ikan terubok itu dipanggang oleh ibu. dipanggang boleh diguna ? 3 Pisang yang disalai itu kehitam-hitaman. disalai boleh diguna ? Terima kasih.

Ketiga-tiga ayat tersebut adalah betul dan tiada kesalahan dalam penggunaan kata dilayur, dipanggang serta disalai dalam ayat-ayat tersebut.

Tatabahasa28.07.2011

Kembali ke atas