Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hor.mat] | کحرمت

Definisi : 1. yg dihormati dan diraikan: te­tamu ~ yg akan turut dlm rapat itu ialah Perdana Menteri; 2. yg dilantik kerana menghormati, yg diberikan sbg pernyataan hormat; ahli (anggota) ~ ahli (anggota) persatuan dll yg dilantik kerana jasanya dll; doktor ~ gelaran doktor yg diberikan utk menyatakan hormat; 3. yg jasanya tidak dibayar; bendahari (setiausaha dll) ~ pegawai persatuan yg bertugas tanpa dibayar; bayaran ~ wang sagu hati yg diberikan kpd seseorang (pengarang dll), honorarium; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hor.mat] | کحرمت

Definisi : 1 orang yg dihormati dlm majlis dll: Banyak tetamu ~ yg menghadiri majlis itu. 2 yg dilantik atau dipilih kerana menghormatinya: doktor ~. 3 orang yg jasanya tidak dibayar: bendahari ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pencerahan, mana satu yang betul. 1. Ijazah Kehormat Doktor Kepimpinan Islam; 2. Ijazah Kehormat Doktor (Kepimpinan Islam); 3. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam; 4. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan Islam); 5. Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan Islam; 6. Ijazah Doktor Kehormat (Kepimpinan Islam); 7. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Kepimpinan Islam; atau 8. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat (Kepimpinan Islam).Frasa yang betul ialah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam.Tatabahasa17.03.2019
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, Mohon semakan yang mana satu betul; 1. Ijazah Doktor Kehormat; 2. Ijazah Kehormat Doktor; atau 3. Ijazah Kehormat Kedoktoran. Terima kasih. Rozani binti Mohd. NohJawapan yang betul ialah Ijazah Kehormat Kedoktoran.Tatabahasa23.04.2013
1) Apakah perbezaan di antara SETIAUSAHA AGUNG dan SETIAUSAHA KEHORMAT? 2) Apakah perbezaan di antara JURUAUDIT dan JURUAUDIT KEHORMAT?

Puan Ezma, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Perbezaan antara SETIAUSAHA AGUNG dan SETIAUSAHA KEHORMATdan JURUAUDIT dan JURUAUDIT KEHORMAT ialah setiausaha agung dan juruaudit biasanya dilantik dan dibayar gaji selain berkhidmat sepenuh masa. Manakala setiausaha kehormat, juruaudit kehormat dan bendahari kehormat biasanya mereka berkhidmat secara sukarela. Mereka in biasanya berkhidmat secara sukarela untuk NGO dan koperasi.

Makna19.03.2009
Institusi tempat saya berkhidmat ingin memberi anugerah khas kepada seorang tetamu berpangkat Tan Sri sempena majlis konvokesyen institusi. Adakah kami boleh memberi nama anugerah khas tersebut dengan menambah perkataan 'Kehormat' Contoh: ANUGERAH KEHORMAT ..(nama Institusi)... Adakah penggunaan perkataan 'kehormat' bagi anugerah mempunyai kriteria khas?Ungkapan kehormat digunakan secara umum bagi orang yang mendapat gelaran anugerah, sama ada anugerah kehormat negara, negeri, masyarakat termasuk institusi, selain  anugerah pencapaian atau kelulusan akademik. Terdapat juga konteks penggunaan kehormat bagi merujuk orang yang jasanya tidak dibayar, contohnya setiausaha kehormat.Makna15.05.2019
masih keliru penggunaan 1. Felo kehormat atau felow kehormat 2. Felow penyelidik atau felo penyelidik mohon pencerahan. terima kasih.Jawapan yang betul ialah ‘felow penyelidik’.  ‘Felow’ daripada perkataan ‘fellow’ yang bermaksud ahli sesuatu institusi sama ada akademik atau profesional.Ejaan03.10.2018
Adakah penggunaan perkataan 'dianugerahkan' pada ayat berikut ini betul? Pada 1990, Allahyarham pernah dianugerahkan Doktor Kehormat Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Allahyarham pernah dianugerahi Doktor Kehormat Pendidikan. Doktor Kehormat Pendidikan dianugerahkan kepada Allahyarham. Sila rujuk tatbahasa Dewan Edisi Baharu. Tatabahasa09.02.2008
mohon pengesahan atur cara ini: 9.00pagi Ketibaan tetamu jemputan 9.15pagi Ketibaan tetamu kehormat 9.20pagi Ketibaan YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor Menteri Wilayah Persekutuan Adakah sesuai penggunaan Tetamu Kehormat untuk ditujukan kepada kehadiran Timbalan Menteri, KSU dan Datuk Bandar yang turut hadir? Atau Adakah tetamu kehormat adalah dirujuk kepada tetamu utama iaitu Menteri? Sekiranya tetamu kehormat dirujuk untuk tetamu utama majlis, apakah terma atau perkataan ganti yang bersesuaian/1. Dicadangkan atur acara seperti ini:

9.00 pagi: Para jemputan mengambil tempat
9.15 pagi: Ketibaan tetamu kehormat
9.20 pagi: Ketibaan YB. Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan
 
2. Kehormat bermaksud mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan. Jika dilihat daripada maksud tersebut, bermakna penggunaan Tetamu Kehormat boleh digunakan kepada Timbalan Menteri, KSU dan Datuk Bandar yang turut hadir dalam majlis tersebut dan bukannya  hanya merujuk kepada Menteri sahaja.
Lain-lain03.08.2015
Mohon semak penggunaan sebutan yang betul: 1) IJAZAH KEHORMAT DOKTOR (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) atau 2) IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN)Bentuk yang betul ialah IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) Istilah10.05.2013
perbezaan "Perbarisan Kehormatan" dengan "perbarisan kehormat"Untuk makluman, kehormatan bermaksud untuk menghormati kedatangan orang besar. Manakala, kehormat pula bermaksud orang yang dihormati dalam majlis dan sebagainya. Penggunaan frasa yang tepat ialah Perbarisan Kehormatan. Sungguhpun begitu, frasa Perbarisan Kehormat  juga banyak digunakan terutamanya oleh media-media masa hari ini. Makna17.08.2016
Tetamu kehormat merupakan istilah yang telah digubal oleh pihak DBP bagi padanan Guest of honour. Namun terdapat juga pihak yang menggunakan istilah 'tetamu terhormat' . Adakah kedua-dua istilah iaitu tetamu kehormat dan tetamu terhormat sama maknanya dan boleh digunakan secara silih ganti?

Tetamu kehormat merupakan satu-satunya padanan yang rasmi untuk "Guest of honour". Penggunaan selain daripada itu tidak diterima sebagai rasmi.

Tetamu kehormat -  orang yg diundang khas (biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar) utk menghadiri sesuatu majlis atau upacara; ruang ~ ruang utk melayan tetamu.

Istilah17.05.2017
12345678910...

Kembali ke atas