Rayson menggigil kesejukan kerana( berhujan/kehujanan) semasa berjalan pulang dari sekolah. Soalan:Adakah kedua-duanya betul? Soalan:Bolehkah kita guna “tertarik akan “ Terima kasih | 1. Rayson menggigil kesejukan kerana kehujanan semasa berjalan pulang dari sekolah. 2. Frasa "tertarik akan" boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.03.2018 |
Sila terangkan pengunaan kata kerja. | Kata kerja (Lin) ialah kata yg menyatakan sesuatu perbuatan; ~ kerja pasif (Lin) bentuk kata kerja (spt dipukul, ditangguhkan, kehujanan, dll) yg menyatakan sesuatu perbuatan (menjadi objek atau penyambut kpd kata kerja). | Tatabahasa | 24.09.2007 |
IMBUHAN APITAN,, KE--AN,, DIKATAKAN BOLEH JADI KATA KERJA UNTUK AYAT PASIF!!!!! PERSOALANNYA IALAH BAGIMANA NAK TUKARKAN AYAT AYAT dibawa INI KEPADA AYAT AKTIF????((1)Malam tadi jiran saya kecurian(2)Sayup-sayup suara azan kedengaran (3) Badannya berpeluh kerana kepanasan (4 ) Dia kehujanan dijalan )) sila rujuk TATABAHASA DEWAN M.S(213) DALAM BAB 7 KATA KERJA ,,,,,,,,,,,,,,,,, TOLONG BERIKAN JAWAPAN LENGKAP ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, | Saudara Wan, Ayat pasif dengan perkataan berimbuhan di... boleh diaktifkan dengan kata kerja berimbuhan meN.... Walau bagaimanapun bagi ayat pasif dengan perkataan berimbuhan apitan ke...an , ayat aktifnya tidak terbentuk demikian. Dalam hal ini ayat aktifnya dibentuk dengan mengenal pasti subjek yang melakukannya. Contoh: Orang ramai mendengar suara azan sayup-sayup. | Tatabahasa | 21.06.2009 |
Mengapakah kata seperti kebertanggungjawaban, keberadaan, keberhasilan, keberkesanan dan kata - kata seumpamanya menggunakan apitan ke-...-an dan bukannya per-...-an seperti pergaduhan (bergaduh), permainan (bermain), perjanjian (berjanji), percintaan (bercinta) dan seumpamanya? Salahkah jika kebertanggungjawaban saya tulis sebagai pertanggungjawaban, keberadaan sebagai peradaan, keberkesanan sebagai perkesanan dan keberhasilan sebagai perhasilan? Saya mohon pencerahan dan berterima kasih jika pihak DBP menjawab pertanyaan (kebertanyaan?) saya. | Apitan pe-...-an membentuk kata nama. Apitan pe-...-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat atau kawasan khusus, seperti petempatan dan pesisiran. Hasil gabungan apitan ini dengan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas menandakan makna khusus, iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya seperti perakuan dan persengketaan. Untuk mengenal pasti kelas kata terbitan daripada apitan ke-...-an hendaklah melihat konteks penggunaannya dalam ayat. Dalam buku Tatabahasa Dewan, perkara ini diterangkan di bawah tajuk Aspek makna apitan ke-...-an (halaman 213), contohnya perkataan kehujanan ialah kata nama sepertimana fungsinya dalam ayat "Dia kehujanan di jalan". Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 212-213 | Tatabahasa | 22.11.2017 |