Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.Öil.muan]/[ke.il.muan] | کعلموان

Definisi : perihal ilmu, menurut ilmu pengetahuan, ilmiah: saya tahu dr dekat akan suasana ~ tempat ia bekerja; bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.Öil.muan]/[ke.il.muan] | کعلموان

Definisi : hal-hal mengenai ilmu: Bahasa Malaysia semakin berkembang sejajar dgn perkembangan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilmu (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pengetahuan, kepandaian, kepakaran, keahlian, kemahiran, kebijakan, kebijaksanaan, kepintaran, pelajaran, pendidikan, seni, sains;,
Kata Terbitan : berilmu, keilmuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
keilmuan atau keilmuwan? 1.bagaimana ejaan sebenar? 2.adakah perbezaaannya antara dua perkataan tersebut terima kasih

1. Ejaan yang betul ialah keilmuan

2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, keilmuan perihal ilmu, menurut ilmu pengetahuan, ilmiah: saya tahu dr dekat akan suasana ~ tempat ia bekerja; bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~; manakala ilmuwan golongan (para) akademik, orang yg berilmu.

Makna24.03.2011
Ejaan yang betul : Ilmuwan keilmuan keilmuwanEjaan yang tepat ialah ilmuan dan keilmuan.Ejaan24.07.2010
Definas bahan bacaan ilmiah/bahan ilmiah

ilmiah Ar bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik: penerbitan majalah-majalah ~ boleh dikatakan sangat kurang; keilmiahan perihal atau sifat ilmiah.

Untuk makluman sdr. pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan Kamus Dalam Talian dalam Laman web : www.dbp.gov.my

Lain-lain01.09.2008
Boleh kah saya menggunakan perkataan Omega dalam pilihan nama untuk pusat tuisyen?

Saudara,

Makna perkataan omega ialah  huruf ke-24 (terakhir) dlm abjad Yunani. Dalam konteks lain, perkataan omega merupakan jenama terkemuka bagi jam. Dalam konteks penamaan terutamanya penamaan pusat tuisyen, biasanya nama-nama yang menunjukkan kebijaksanaan, keilmuan atau berbentuk akademik sesuai digunakan. Dalam hal ini jika puast tuisyen tersebut disamakan dengan taraf terkemuka maka perkataan omega bolehlah digunakan. 

Makna05.08.2010
apakah implikasi penggunaan bahasa inggeris dalam bidang sains dan teknologi terhadap usaha mengantarabangsakan bahasa melayu?Soalan ini telah banyak kali diajukan kepada kami. Banyak implikasinya dalam bidang sains dan teknologi. Antaranya dari segi penguasaan bahasa Inggeris. Kebanyakan pelajar dari aliran kebangsaan yang bahasa pengantarnya bahasa Melayu berkemungkinan mengalami masalah dari segi pembelajaran jika dibandingkan dengan pelajar dari aliran Inggeris. Selain itu usaha untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu pada peringkat yang lebih tinggi akan terbantut seandainya bahasa Inggeris mengambil tempat dalam mana-mana wacana keilmuan yang mengutamakan bahas Inggeris dan secara logiknya bahasa Melayu akan terus terpinggir.T.kasih.Lain-lain11.07.2008
ASSLAMUALAIKUM. Saya ingin bertanya tentang kesantunan berbahasa tonggak tamadun bangsa.Soalan saya. 1.Bagaimanakah cara kita untuk mengatasi masalah kepincangan berbahasa serta adat kesopanan dan kesantunan berbahasa di kalangan masyarakat kini? 2.Sejauh manakah pentingnya pelestarian bahasa melayu penting dari sudup taraf,fungsi dan peranannya dalam komunikasi? 3.Adakah bahasa dan budaya melambangkan ketamadunan sesebuah masyarakat.Bagaimana?Dalam menjawab soalan yang diberikan, pihak kami hanya memberikan pandangan umum sahaja. (i). Usaha untuk mengatasi masalah kesantunan berbahasa perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Asas yang kuat dapat meneguhkan penggunaan bahasa Melayu dalam apa jua keadaan. (ii).  Pelestarian bahasa Melayu dalam komunikasi sosial dan keilmuan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Setiap rakyat seharusnya mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu dalam apa jua bidang. (iii). Bahasa dan budaya sememangnya melambangkan ketamadunan masyarakat. Slogan Bahasa Jiwa bangsa menggambarkan bahawa bahasa menjadi nadi bagi sesebuah bangsa; hilang bahasa, hilanglah bangsa.Makna17.01.2008

Kembali ke atas