Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.in.sti.tu.sian] | کأينستيتوسين

Definisi : yg berkaitan dgn sistem, ciri, atau sifat institusi: susunan ~ hendaklah mencerminkan tahap amanah yg tinggi, sikap terbuka, dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keinstitusian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya berkenaan penggunaan istilah "institusi". Apakah imbuhan yang boleh digunaka dalam perkataan ini dan apakah maksudnya. Adakah kata "institusional" dan/atau "institusionalisme" boleh digunakan merujuk kepada kajian sains atau pemikiran berhubung perkara berkaitan keinstitusian. Untuk makluman kajian saya mengenai Teori Institusi mempunyai pelbagai pandangan atau isme dan istilah institusi saya lihat tidak dapat mencapai maksud menyeluruh atas penggunaan yang dimaksudkan. Terima kasih.

Mengikut Daftar Istilah Politik dan ekonomi, perkataan institutionalism membawa maksud fahaman institusi atau institusionalisme. Fahaman Institusi merupakan teori atau fahaman yang menyatakan bahawa bagi sesuatu ekonomi atau masyarakat menjadi maju dan berkembang, institusi mesti diadakan. Perkataan Instituitional dalam bahasa Inggeris pula membawa makna Institusi dan Keinstitusian yang berkaitan dengan sistem, ciri, atau sifat institusi.

Untuk keterangan lanjut, Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari laman http://prpm.dbp.gov.my/ dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari".

Istilah31.01.2019

Kembali ke atas