berikan perbezaan aku dan saya | Beza antara aku dan saya ialah; aku, bahasa basahan, bukan rasmi, digunakan sebab keintiman/saling mengenali seperti kawan baik dsbgnya. Manakala, saya pula, digunakan dalam konteks rasmi, dengan ketua dan sebagainya. | Istilah | 08.10.2013 |
Dalam konteks apakah kata ganti nama yang betul boleh digunakan? contohnya, apakah bezanya antara 'aku' dan 'saya', 'kamu' dan 'awak', 'kita' dan 'kami'? Bolehkah kata ganti nama digunakan untuk haiwan? | Kata ganti nama (KGN)- yang menjadi pengganti kata nama khas dan am. KGN boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, KGN tunjuk dan KGN diri. (lihat Tatabahasa Dewan hal. 103 ) Beza antara aku dan saya ialah; aku, bahasa basahan, bukan rasmi, digunakan sebab keintiman/saling mengenali seperti kawan baik dsbgnya. Manakala, saya pula, digunakan dalam konteks rasmi, dengan ketua dan sebagainya. Kamu dan awak, KGN kedua , KGN kamu boleh digunakan untuk KGN tunggal dan jamak manakala awak, merupakan bahasa basahan. KGN kami dan kita pula ialah kami merujuk KGN orang pertama dan kedua dan tidak termasuk orang ketiga manakala kita termasuk orang ketiga. Untuk penjelasan yang lebih terperinci sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 11.02.2007 |