ejaan sebenar keislaman. adakah ejaan keIslaman betul? | Keislaman | Makna | 14.09.2007 |
salam, boleh @ tidak saya menggunakan perkataan islami dan islamis? apakah makna perkataan tersebut? | Tidak ada perkataan Islami dan Islamis dalam bahasa Melayu. Perkataan Islami ialah Islam, manakala perkataan Islamis mungkin bermaksud keislaman. | Istilah | 21.02.2012 |
1. Perkataan seperti anti-Islam atau anti-Barat, perlukah dimasukkan sempang di antara dua perkataan? 2. Apakah terjemahan yang tepat untuk perkataan ISLAMIS dalam bahasa Melayu? | Anti ialah awalan asing yang dieja bersambung dengan perkataan selepasnya, seperti antirusuhan. Walau bagaimanapun, apabila hadir dengan kata nama khas seperti Islam dan Amerika perlu diletak tanda sempang (-) menjadi anti-Islam dan anti-Amerika. Dalam bahasa Melayu kata Islam, hanya menerbitkan kata mengislamkan, keislaman dan pengislaman, tidak ada kata Islamis. | Tatabahasa | 08.12.2015 |