| maksud TRANSMISI | (Kej) sistem gear, aci dsb (pd kereta dsb) yg menghantar kuasa drpd enjin utk memutarkan roda kenderaan: model kereta ini dilengkapi dgn sistem ~ gear automatik empat kelajuan. (Sila rujuk KD4 halaman 1713) | Makna | 27.09.2009 |
| Istilah HADTERIMA bidang Kejuruteraan dalam Bahasa Inggeris | fundamental tolerance(Inggeris-Melayu) had terima asasi Bidang: KEJ | Makna | 16.08.2007 |
| roller bearing galas atau alas? dalam PRPM terdapat dua definisi ini, alas untuk roller adakah betul | 3. Menurut kamus bahasa Melayu DBP, alas bermaksud (Kej) bahagian-bahagian di dlm enjin yg memusingkan suatu gandar atau yg memegang gandar yg berĀpusing; . Oleh itu penggunaan yang tepat bagi roller-bearing ialah Alas Penggulling. | Istilah | 21.02.2019 |
| Adakah tanda baca bagi ayat di bawah betul? 1. Apabila Hawa melahirkan Kain, dia mengisytiharkan, "Aku telah memperolehnya!" 2. Dan dia berkata, "Aku tidak tahu. Apakah aku penjaga adikku?" (Kej. 4:9). Sekian, terima kasih. | Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman saudara, ayat pertama yang dikemukakan oleh saudara boleh digunakan. ayat kedua pula, sebaiknya -" Aku tidak tahu apakah aku penjaga adikku?". Terima kasih. | Lain-lain | 08.12.2006 |
| makna rework | Makna rework ialah kerja semula Huraian: Tindakan mengulang satu atau lebih operasi pengilangan untuk tujuan memperbaiki hasil bahagian boleh terima. (KEJ) | Makna | 21.04.2009 |