kejadian itu mungkin dapat dielakkan setelah langkah mencegah dibuat sejak lebih awal lagi. tuan, jika langkah mencegah dibuat dari awal lagi atau jika langkah pencegahan dibuat dari awal lagi atau lagipun, tuan...sejak awal lagi dan dari awal ladi...apakah perbezaan antara kedua-dua ini? tq | Penggunaan kata yang betul ialah "langkah mencegah" atau "pencegahan" (tidak perlu didahului oleh kata langkah) dan "sejak awal" atau "dari awal" (bukan sejak dari awal kerana antara makna sejak ialah dari). | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Kejadian itu wajar menjadi peringatan kepada semua orang. Kejadian itu wajar dijadikan peringatan kepada semua orang. adakah "menjadi" dan "dijadikan" juga betul diguna? terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Kejadian itu wajar menjadi peringatan kepada semua orang". | Tatabahasa | 15.04.2013 |
Selamat pagi, bolehkan tolong menyelesaikan soalan di bawah ini sebab tidak dapat cari jawapan. 1 kejadian buli pelajar atau kejadian membuli pelajar ? 2 latihan bergayut pada tali atau latihan bergayutan pada tali ? 3 Segak-segak belaka peragawan-peragawan itu. peragawan boleh dikata gandakah? 4 Sungguh indah nian pemandangan. 5 Apakah maksud kata montel ? 6 Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini ? 7 Apakah maksud kata ramah-tamah ? Terima kasih | 1. Buli sama maksudnya dengan membuli, kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan. 2. Latihan bergayut pada tali. 3. Segak-segak belaka peragawan itu. Tidak perlu digandakan. 4. Sungguh indah nian pemandangan. 5. Montel bermaksud berisi lagi sihat atau berisi lagi cantik. 6. Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini. 7. Ramah-tamah bermaksud sangat ramah. | Tatabahasa | 10.09.2012 |
1. Kejadian gempa bumi di Turki itu telah "mengorbankan banyak nyawa". 2. Kejadian gempa bumi di Turki itu telah "banyak mengorbankan nyawa". Ayatyang menggunakan "mengorbankan banyak nyawa/ banyak mengorbankan nyawa" betul? | Ayat yang betul ialah 'Kejadian gempa bumi di Turki telah mengorbankan banyak nyawa'. Banyak ialah kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa nama tersebut. | Tatabahasa | 08.02.2011 |
Tuan, ayat mana lebih tepat? 1) berasaskan kepada prinsip menghargai kejadian manusia. 2) berasaskan prinsip menghargai kejadian manusia. | Jawapan yang lebih tepat ialah nombor 2, iaitu "berasaskan prinsip menghargai kejadian manusia". | Tatabahasa | 28.03.2013 |
occurrence | kejadian | Istilah | 13.06.2011 |
adakah penggunaan "sebuah kejadian" betul? | Penggunaan yang betul ialah satu/suatu kejadian. | Lain-lain | 09.07.2010 |
1) kejadian itu adalah merupakan sesuatu yang biasa terjadi 2)mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi | Sila jelaskan soalan saudara yang ke-2. Walau bagaimanapun, yang betul bagi soalan pertama ialah: Kejadian itu merupakan sesuatu yang biasa terjadi. | Tatabahasa | 17.11.2011 |
Apakah maksud fenomena.? | Menurut Kamus Dewan, fenomena ialah sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan. Contohnya seperti alam semulajadi, atau sejarah. Fenomena juga dapat didefinisikan sebagai sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diberikan dan dijelaskan secara saintifik. | Makna | 11.09.2006 |
Assalamualaikum. saya kurang faham penggunaan orang ramai dan ramai orang. Adakah ayat ini betul ? ( gambar satu kemalangan jalan raya ) Orang ramai datang berkumpul untuk melihat kejadian itu. atau ramai orang datang berkumpul untuk melihat kejadian itu. Mana satu ayat yang betul. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Orang ramai dan ramai orang ada membawa maksud yang sama iaitu khalayak ramai, orang banyak atau umum. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih persis ialah orang ramai datang berkumpul untuk melihat kejadian itu. | Tatabahasa | 16.06.2009 |