Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jam] | کجم

Definisi : tertutup (mata) hingga tidak dapat melihat, pejam; ~ celik seketika terbuka seke­tika tertutup (bkn mata), seketika terang seketika padam (kn lampu): matanya ~ celik; lampu neon yg ~ celik menerangi jalan itu; mengejamkan memejamkan (mata): beberapa ketika sesudah ia ~ matanya, ia pun tertidurlah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jam] | کجم

Definisi : 1. tidak berperikemanusiaan, tidak mempunyai (menunjukkan) belas kasihan sama sekali, bengis, ganas, zalim: berlaku ~; ayah dan ibunya dibunuh oleh pengganas-pengganas secara ~; hukuman yg ~; 2. sangat kedekut atau bakhil, tidak mudah berbelanja; mengejami 1. membuat (melakukan) se­suatu dgn kejam (tiada belas kasihan), berbuat kejam pd; 2. berlaku keras kpd; kekejaman perihal (perbuatan, sifat) kejam, kebengisan, keganasan, kezaliman: lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup menderita ~ musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jam] | کجم

Definisi : ; ~ penggeli sj tumbuhan (pokok), Canarium grandiflorum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jam] | کجم

Definisi : tertutup mata sehingga tidak dpt melihat; pejam: ~ celik sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn mata). mengejamkan menutup (mata); memejamkan: ~ mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.jam] | کجم

Definisi : tidak berperasaan belas kasihan; bengis: Sesudah berkuasa, dia sangat ~ terhadap orang-orang bawahannya. mengejami 1 memperlakukan dgn kejam. 2 berlaku kejam kpd (terhadap); berbuat keras kpd: Mereka diusir, dikejami dan harta mereka dirampas. kekejaman perbuatan atau keadaan kejam; kezaliman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejam

Puisi
 

Orang menajur di tepi sungai,
     Sungai ada tepi padang;
Laksana intan baru dicanai,
     Kejam celik mata memandang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam novel, selalu ada kata ganti nama 'kau' 'ku' digunakan. Perlukah ia ditulis rapat, seperti : Kaukejam, kaumemang kejam! Bagaimana mahu menentukan pada frasa mana kata ganti nama itu perlu dirapatkan? Sekiranya ditulis jarak, adakah ia menyalahi tatabahasa?Ia sepatutnya dieja "Kau kejam" dan sekiranya kata ganti nama diri "ku" berada di belakang ia perlu dirapatkan seperti "milikku". Tatabahasa06.03.2012
Dibunuh dengan/secara kejam?kedua-dua jawapan adalah betulTatabahasa08.11.2011
(1)Dibunuh dengan/secara kejam? (2) Berperang di/pada/kepada jalan Allah?

1. dengan dan secara adalah betul.

2. di

Tatabahasa08.11.2011
virtuous cycle vicious cyclePadanan istilah dalam bidang perubatan bagi vicious cycle ialah kitaran kejam, manakala dalam bidang sosiologi pula ialah lingkaran ganas.Makna04.08.2010
Salam Ramadan, 1. Apakah golongan kata bagi: a) atas? b) di atas? 2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata 'atas' merujuk kepada kata arah sedangkan ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa 'atas' ialah KATA SENDI NAMA manakala frasa 'di atas' ialah KATA ARAH. Apakah pendapat tuan dalam hal ini? 3. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas atau klip besi? 4. Mengapakah perkataan memperolehi, mempersetujui, memperbaiki, memperdalami dan memperhalusi dianggap tidak gramatis dalam bahasa Melayu? 5. Apakah bedanya kata 'meningkatkan' dan 'mempertingkatkan'? 6. Ayat: Malangnya, kini, pemimpin-pemimpin negara khasnya pemimpin Melayu seolah-olah menganggap perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sudah sampai ke penghujungnya. Betul atau salah rangkai kata 'sudah sampai ke penghujungnya'? Terima kasih.

1 dan 2.  Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Perkataan "di" merupakan kata sendi nama. Oleh itu frasa di atas ialah frasa sendi nama.

3. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas atau klip besi? 

Penjodoh bilangan yang paling hampir untuk digandingkan dengan klip kertas ialah keping. Walau bagaimanapun lazimnya klip kertas dikira dalam bentuk unit, iaitu satu, dua dan tiga atau dalam jumlah yang lebih besar sekotak klip.

 
4. Mengapakah perkataan memperolehi, mempersetujui, memperbaiki, memperdalami dan memperhalusi dianggap tidak gramatis dalam bahasa Melayu?
Apitan memper.....i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Setakat ini hanya bentuk yang berikut sahaja yang wajar dianggap sebagai jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper.....i iaitu: memperingati, memperkawani, mempersuami, dan memperisteri  sebenarnya berbentuk mempersuamii dan memperisterii  tetapi telah berlaku pengguguran satu huruf i dalam kedua-dua perkataan ini  Bentuk yang lazim digunakan merupakan bentuk terbitan yang lewah dan sepatutnya dieja seperti yang berikut: memperolehi seharusnya memperolehmemperbaiki seharusnya memperbaikmemperkuasai seharusnya menguasaimemperdalami seharusnya mendalami memperakui seharusnya mengakui/ memperakukan mempersetujui seharusnya menyetujui memperhalusi seharusnya menghalusi.

5. Apakah bedanya kata 'meningkatkan' dan 'mempertingkatkan'?

Meningkatkan ialah meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri

Mempertingkatkan ialah menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka;

6. Ayat: Malangnya, kini, pemimpin-pemimpin negara khasnya pemimpin Melayu seolah-olah menganggap perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sudah sampai ke penghujungnya.

Ayat tersebut betul.

Tatabahasa19.07.2013

Kembali ke atas