Salam, sebuah syarikat kawalan serangga meletakan hanya perkataan "PERKHIDMATAN PERSEKITARAN" pada papan iklan miliknya. Terdapat kejanggalan pada ayat tersebut. Pohon pihak tuan dapat memberikan pandangan dan cadangan. TK | Jenis perkhidmatan harus dimuatkan antara Perkhidmatan dan Persekitaran, cadangan kami yang sesuai ialah Perkhidmatan Kawalan Racun Serangga. | Tatabahasa | 18.06.2012 |
Padanan bagi frasa 'cringe-worthy'. Contoh ayat 'Although he was a fall of Indie movies, this particular one was too cringeworthy to watch.' | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi perkataan cringe-worthy. Berdasarkan carian kami, cadangan terjemahan perkataan yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat ialah kejanggalan, kegelisahan dan kecanggungan. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.06.2018 |