Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jat] | کجت

Definisi : 1. kejang, kaku, tegang (tubuh atau anggota); mati ~ mati kaku; 2. tidak mudah tercabut, ketat, kukuh, tegap, tidak goyah (bkn tiang yg terpacak); 3. padat dan rapat (tidak berlubang-lubang atau bercelah-celah), kedap; mengejatkan membuat sesuatu menjadi kejat; pengejatan perihal (perbuatan, proses) memejatkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jat] | کجت

Definisi : 1 kaku dan keras (bkn tubuh atau anggota); kejang; kejur: mati ~ mati kaku. 2 tidak mudah tercabut (bkn puting parang dr hulunya, pancang yg terpacak dll); kukuh; teguh. 3 tidak berlubang-lubang; padat; rapat. mengejatkan menjadikan kejat; memadatkan: Tanah di sekeliling anak benih itu dikejatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan kejang: kaku, kejur, keras, tegang,
Berantonim dengan kendur

2. Bersinonim dengan kedap: padat, rapat,
Berantonim dengan renggang

3. Bersinonim dengan ketat: kuat, kukuh, tegap, teguh,
Berantonim dengan longgar.



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya dapatkan maksud yang paling sesuai untuk terjemahan kepada lean management?Cadangan padanan bagi istilah lean management dalam bahasa Melayu ialah pengurusan kejat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah13.11.2024

Kembali ke atas