Saya ingin bertanya, berkenaan dengan perkataan 'sekadar' , adakah perkataan ini salah ataupun kurang sesuai jika digunakan untuk mengukur kejayaan seseorang individu walaupun kejayaan tersebut merupakan kejayaan di peringkat dunia sekalipun. maksudnya, contoh ayat: seorang ahli sukan yang sekadar meraih pingat perak. mohon pencerahan. terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud sekadar ialah sesuai atau seimbang dengan, sepadan dengan, cuma, atau hanya (untuk). Maka konsep yang digunakan pada contoh ayat yang diberikan boleh digunakan perkataan sekadar ini. | Tatabahasa | 19.08.2016 |
Kejayaan pemain badminton menjuarai beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak. (apakah kesalahan yang tuan temukan ?, buku kata menjuarai salah, tetapi saya agak susah untuk memahami) | Ayat itu adalah gramatis. Menjuarai bermaksud menjadi juara dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 24.07.2011 |
Cikgu, frasa "memperoleh kejayaan" atau "beroleh kejayaan" yang mana betul? Atau kedua-dua pun betul? | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 26.05.2014 |
Taniah diatas kejayaan.... ATAU Taniah di atas kejayaan... Terima Kasih | Yang betul ialah 'Tahniah atas kejayaan ...' | Tatabahasa | 13.06.2008 |
Tuan, yang manakah betul? "Kejayaan program ini begantung pada kita" atau "kejayaan program ini bergantung kepada kita"? Terima kasih. | Ungkapan yang betul ialah "Kejayaan program ini begantung pada kita". | Tatabahasa | 16.01.2012 |
definisi amanah asas kejayaan | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat amanah antaranya bermaksud 1. sesuatu yang dipercayakan kepada sesorang 2. kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Asas antaranya bermaksud alas, dasar, tapak, sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Kejayaan antaranya bermaksud perihal berjaya,kemenangan,hasil. Oleh yang demikian ungkapan amanah asas kejayaan bermaksud sesuatu kejayaan dicapai apabila sifat amanah dijdikan asas untuk mencapai kejayaan tersebut. | Makna | 07.03.2008 |
Apakah kejayaan dan kegemilangan Bahasa Melayu sepanjang 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan? | Sdr. Nieeza, kejayaan dan kegemilangan Bahasa Melayu sepanjang 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan terlalu banyak.Pandanglah sekeliling anda berapa ramai ahli korporat yang telah menempa nama sebagai ahli korporat melalui sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Jadi untuk mendapatkan maklumat yang lebih banyakkanlah membaca buku sejarah tentang pembangunan negara dan juga kejayaan yang telah dicapai oleh negara semenjak negara mencapai kemerdekaan. Hanya itulah cara yang dapat memberikan maklumat yang banyak tentang kejayaan negara dan kegemilangan bahasa Melayu sepanjang 50 tahun yang lalu .Terima kasih. | Lain-lain | 12.09.2007 |
"mencapai kejayaan dalam hidup" atau "mencapai kejayaan dalam kehidupan"? Bagaimanakah cara penggunaan perkataan "hidup" dengan "kehidupan”? Apakah perbezaan "hidup" dengan "kehidupan"? | Hidup membawa banyak maksud antaranya terus bernyawa atau bernafas, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hidup untuk maklumat lanjut dan kehidupan ialah perihal hidup. Frasa yang betul ialah "mencapai kejayaan dalam kehidupan". | Tatabahasa | 12.05.2014 |
"terharu dengan kejayaan kawan saya." adakah penggunaannya betul? | Sekiranya "terharu" di sini bermaksud sedih, penggunaan perkataan itu betul. | Tatabahasa | 12.06.2012 |
di atas kejayaan betulkah | Yang betul ialah 'Tahniah atas kejayaan ...' | Tatabahasa | 13.07.2016 |