Apakah terjemahan untuk 'Groined vault' yang digunakan dalam bidang kejuruteraan awam | Terjemahan bagi ‘Groined vault’ dalam bahasa Melayu ialah Kekubah Laras. | Istilah | 10.07.2014 |
BAGANMAS SDN. BHD. NO. SYARIKAT : 676280-U PERKHIDMATAN : KERJA-KERJA KEJURUTERAAN AWAM, PEMBEKALAN, PENYEWAAN JENTERA, MESIN, LORI, PEMBERSIHAN KAWASAN DAN LAIN-LAIN 013-7440700 011-10770001 | Sila layari http://dbpsahbahasa.my/default untuk penyemakan dan pengesahan bahasa dalam iklan. Terima kasih. | | Lain-lain | 08.02.2018 |
Apakah perkataan dalam bahasa melayu bagi istilah 'haunch', 'eaves', rafter' & 'raft' yang digunakan dalam bidang kejuruteraan awam? | 1. Dalam data kami, terdapat istilah haunch (road) dan padanan bahasa Melayu bagi haunch (road) ialah rasuk (jalan) yang digunakan dalam bidang kejuruteraan. 2. Perkataan eaves dalam bahasa Melayu ialah cucur atap. 3. Perkataan rafter dalam bahasa Melayu ialah kasau. 5. Manakala perkataan bahasa Melayu untuk raft pula ialah rakit. Puan boleh rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.07.2014 |
Salam sejahtera. Adakah Dewan Bahasa dan Pustaka menyediakan perkhidmatan penterjehmahan kepada orang awam? Saya ada satu kandungan abstrak (2 mukasurat A4) mengenai bidang kejuruteraan awam, ingin diterjemahkan daripada bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Berapa bayaran untuk perkidmatan penterjemahan itu? Sekian,terima kasih. | Untuk makluman tuan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk menterjemah dokumen, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.11.2018 |
tuan, bidang mengkarya adalah salah, dan sepatutnya digantikan dengan apa? | Antara maksud bidang termasuklah bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dan sebagainya) yang tertentu, seperti bidang kejuruteraan awam dan bidang sejarah. Tidak ada kata terbitan mengkarya, yang ada ialah berkarya, perkaryaan dan pengkaryaan. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "soil vapor screening" , "dekontamination" Adakah pihak DBP punya sebarang sumber berkaitan untuk mengetahu glosari yang sahih bagi merujuk terjemahan kaedah-kaedah atau istilah kejuruteraan awam/alam sekitar | Penggunaan yang betul dalam bidang kejuruteraan ialah dekontaminasi (bahasa Inggeris - decontamination). Tidak ada padanan khusus untuk soil vapour screening. Dalam bidang kejuruteraan screening diterjemahkan kepada penskrinan atau penapisan, vapour diterjemahkan kepada wap dan soil ialah tanah. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.08.2015 |
apa beza profesion perguruan dan bidang keguruan | Sdr. Nash, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Bidang bermaksud kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam Makanala (profésion) ialah pekerjaan terutamanya yg memerlukan pelajaran yg tinggi dan latihan khas (mis dlm bidang undang-undang, perubatan, perakaunan, dll). Memang terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua perkataan ini. Ia hanya dapat dibezakan sekiranya kita melihatnya dalam bentuk ayat atau penulisan. | Makna | 06.04.2009 |
Kepada yang berkenaan, Tuan, Saya memiliki Ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Awam Di Jepun.Soalan saya, 1. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan terjemahan untuk Ijazah dan Slip Pencapai Akademik saya? 2. Bolehkah sekiranya saya menterjemahkan sendiri dan mendapatkan cop pengiktirafan daripada jabatan tuan? 3. Sekiranya mustahil, bolehkah tuan lampirkan alamat dan cara untuk menghubungi jabatan yang berkenaan? Untuk pengetahuan tuan, saya sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan perkara diatas diperlukan oleh Jabatan tempat saya bekerja.Di harap tuan menitik beratkan perkara ini. Kerjasama Tuan Amatlah Dihargai. Sekian, Terima Kasih. | Untuk makluman saudara, DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan, tetapi saudara boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 012-2067076 (pn Saodah) atau 012-2811814 (pn Suzana). | Lain-lain | 06.02.2008 |
Untuk pengetahuan, saya akan menulis tesis sarjana berkaitan bidang sains dan kejuruteraan didalam bahasa melayu. Maka, saya ingin menghasilkan karya yang menggunakan istilah yang tepat dan struktur yang lebih sempurna agar tesis ini dapat mencerminkan keindahan bahasa melayu dalam penulisan akademik. Bagaimana pihak DBP dapat membantu saya? Mungkin ada buku atau dokumen yang boleh dijadikan rujukan. Harap dapat membantu. | Dalam penggunaan kata dan ejaan yang betul kami cadangkan saudara gunakan Kamus Dewan. Untuk mengenal pasti penggunaan istilah yang tepat kami cadangkan saudara gunakan daftar istilah dan glosari yang berkaitan seperti Istilah Kejuruteraan, DBP, 1970; Istilah Kejuruteraan Pengajian Tinggi: Bahasa Inggeris - Bahasa Malaysia, DBP, 1987; Istilah kejuruteraan : bahasa Inggeris - bahasa Malaysia, DBP, 2008; dan Kamus kejuruteraan awam, DBP, 2006. Data daripada kamus, daftar istilah dan glosari ini boleh diperoleh melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan kata/istilah yang diperlukan dalam ruangan carian spesifik dan saudara akan dapat melihat data daripada pelbagai sumber. Untuk memastikan ayat yang digunakan adalah betul rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 17.07.2011 |
A'kum, saya ingin tahu samada DBP ada menyediakan khidmat kamus dwi-bahasa online Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris. bagi saya yang bertugas di jabatan kejuruteraan dengan syrikat awam, kamus online ini amat berguna khususnya untuk menterjemahkan material dari bahasa melayu ke bahasa lain. saya berharap dengan adanya kamu dwi-bahasa itu, ia akan memberi kelebihan untuk semua masyarakat. Terima Kasih Fisol | Untuk makluman tuan DBP sedang menyiapkan Kamus Melayu - Inggeris (alan terbit), yang ada Kamus Inggeris - Melayu dan Kamus Melayu - Melayu. Untuk bentuk istilah (dalam pelbagai bidang) tuan boleh layari laman web DBP, klik pada ISTILAH untuk carian kata seterusnya. Kami mengharapkan kemudahan ini dapat membantu saudara melaksanakan tugas seharian, terima kasih. | Lain-lain | 27.05.2008 |