Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.bu.ran] | ککابورن

Definisi : perihal atau keadaan kabur: dgn menggunakan kaca mata, ~ matanya hilang; Amir sudah pulih drpd ~ fikirannya; dlm buku-buku Greek yg terdahulu, terdapat terlalu banyak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.bu.ran] | ککابورن

Definisi : keadaan kabur; kekelaman; kepudaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekaburan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud kekaburan identitiDalam data rujukan kami, tiada maksud khusus bagi kekaburan identiti. Walau bagaimanapun, dalam Kamus Dewan Edisi Empat, kekaburan bermaksud perihal atau keadaan kabur. Manakala identiti bermaksud 1 aspek-aspek tertentu (tingkah laku, cara berpakaian dsb) yang dapat menunjukkan sifat diri seseorang; keperibadian: Penyanyi biasanya mempunyai ~ yang tersendiri. 2 adat resam, kesenian dsb yang dapat melambangkan sekumpulan masyarakat (negara dll): Sikap yang lemah lembut dan peramah telah menjadi ~ masyarakat Malaysia.Makna12.12.2013
Apakah maksud bagi perkataan 'ketaksaan'?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna ketaksaan ialah perihal (keadaan dsb) taksa, kekaburan, kesangsian, keraguan, ketidakpastian (bkn sesuatu makna). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui sesuatu makna sila rujuk Kamus Dewan.Makna14.09.2008
Assalamualaikum, saya ingin bertanya sama ada penggunaan kata ganti nama ‘ia’ dalam ayat berikut adalah tepat, atau lebih sesuai digantikan dengan kata nama seperti ‘rayuan itu’ atau ‘mata itu’ bagi mengelakkan kekaburan makna. Contohnya: 1) ‘…menolak rayuan Dr Lee Mun Toong selepas mendapati ia tidak mempunyai merit.’ berbanding ‘…menolak rayuan Dr Lee Mun Toong selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.’ 2) ‘…tiada objek asing dalam matanya yang cedera dan memberi jaminan ia akan sembuh sepenuhnya.’ berbanding ‘…tiada objek asing dalam matanya yang cedera dan memberi jaminan mata itu akan sembuh sepenuhnya

Kata ganti nama “ia” tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat yang berkaitan. Ayat yang lebih sesuai digunakan seperti di bawah.

1) xxx menolak rayuan Dr. Lee Mun Toong selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.

2) xxx tiada objek asing dalam matanya yang cedera dan memberi jaminan mata beliau akan sembuh sepenuhnya.

Tatabahasa21.04.2026
apakah maksud lucifer?Untuk makluman, perkataan "lucifer" tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, setelah merujuk Internet, kami dapati perkataan ini mempunyai pelbagai makna seperti ketaksaan, kekaburan, ketidakpastian dan lain-lain lagi. Sila rujuk Internet untuk mendapat pelbagai maksud perkataan tersebut.Makna23.02.2013

Kembali ke atas