Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.ki] | ککاکي

Definisi : 1. alas atau tapak drpd konkrit dsb tempat berdirinya sesuatu, spt patung, tiang dsb; 2. sesuatu yg menjadi penyangga atau penopang antara dua lapisan atau lebih benda, mis kek yg bertingkat-tingkat: kek buah yg dibuat khas itu turut dihiasi tujuh ~ yg setiap satunya disaluti aising. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekaki


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Bolehkah saya menggunakan frasa "Navigasi Kekaki" bagi "Footer Navigation" di Laman Sesawang jabatan saya. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "footer navigation". Walau bagaimanapun terdapat istilah bahasa Melayu untuk "footer" , iaitu kekaki, pengaki dan pembawah. Istilah bahasa Melayu untuk "navigation" ialah pengemudian dan navigasi. Oleh itu, tuan boleh memilih salah satu istilah yang dicadangkan yang sesuai dengan konteks penggunaan seperti yang berikut:

1. navigasi kekaki
2. navigasi pengaki
3. navigasi pembawah
4. pengemudian kekaki
5. pengemudian pengaki
6. pengemudian pembawah

Istilah30.12.2015

Kembali ke atas