Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.na.nan] | ککاننن

Definisi : kedudukan yg lebih tinggi berbanding dgn kedudukan orang atau jawatan lain (dlm struktur pentadbiran dsb): salah satu pertimbangan bagi pelantikan tersebut ialah ~ pegawai-pegawai yg memohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.na.nan] | ککاننن

Definisi : kedudukan atau taraf yg lebih tinggi: Kenaikan pangkat bukan saja didasarkan pd ~ seseorang, tetapi juga pd kecekapan dan pencapaiannya dlm menjalankan tugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kanan (kata nama)
1. Berantonim dengan kiri

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tinggi, utama, penting,

3. Dalam konteks politik
bersinonim dengan konservatif, sederhana,

Kata Terbitan : terkanan, kekananan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Asal usul perkataan kekananan sbb ni baru pertama kalinya saya tahu terjemahan untuk seniority ialah kekananan, hehe terima kasihKekananan bermaksud kedudukan atau taraf yang lebih tinggi berbanding dengan kedudukan atau taraf orang atau jawatan lain dalam struktur pentadbiran dan sebagainya.Makna27.05.2022
Apakah nama yg betul utk menamakan kekananan jawatan spt ini? : Penolong Pendaftar Kanan atau Penolong Kanan Pendaftar. Terima kasih.Nama yang betul untuk kekananan jawatan seperti contoh yang disertakan ialah Penolong Pendaftar Kanan.  Istilah08.04.2009
Asal usul perkataan kenangan sbb ni baru pertama kalinya saya tahu terjemahan untuk seniority ialah kekananan, hehe terima kasihKekananan bermaksud kedudukan atau taraf yang lebih tinggi berbanding dengan kedudukan atau taraf orang atau jawatan lain dalam struktur pentadbiran dan sebagainya.Makna27.05.2022
SALAM, SAYA INGIN MENDAPAT KHIDMAT NASIHAT BERKAITAN DENGAN SUSUN ATUR SENARAI S.K. (SALINAN KEPADA)..SIAPAKAH YANG PERLU DIDAHULUKAN? ADAKAH PERLU MENGIKUT SENIORITY ATAUPUN PERLU MENDAHULUKAN SENARAI DALAMAN DAHULU? TERIMA KASIH

Saudara,

Dalam menulis salinan kepada, penerima disusun mengikut kekananan dan diikuti dengan nama penerima dalaman juga disenaraikan mengikut kekananan.

Lain-lain14.06.2010
Susun atur kedudukan tandatangan dalam sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri.Untuk maklumat tentang susur atur kekananan bagi tandatangan di sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri puan boleh menghubungi Jabatan Perdana Menteri untuk maklumat yang lebih lanjut.Lain-lain26.09.2016
salam, saya ingin bertanya 1. tentang penggunaan Yang Berbahagia dan Yang Berusaha, jika ketua jabatan saya berstatus Prof Madya Dr. mana yang lebih sesuai? sebelum ini Yang Berbahagia hanya untuk individu yang mendapat gelaran tan sri/dato/datuk. 2. bahaimana dengan Yang Dihormati dan Yang disegani,Yang Setia, Yang Dikasihi, mcm mana dengan susunan kekananan?Jika tidak mempunyai sebarang gelaran Prof. Madya disapa sebagai tuan kecuali apabila beliau berperanan sebagai pengerusi atau ketua sesuatu majlis bolehlah disapa sebagai Yang Berusaha. Tidak ada maklumat tentang kekananan sapaan yang tuan berikan melainkan disusun mengikut kekananan fungsi jawatan, contohnya Yang Berusaha Pengerusi Seminar ..., Encik Ahmad bin Ali, Setiausaha Seminar dan Encik Abu bin Kassim, Bendahari Seminar .Tatabahasa02.11.2012
Apakah yang ditakrifkan dengan ucapan? Nyatakan ciri - ciri ucapan yang baik? Jelaskan prosedur yang perlu dipatui dalam ucapan? Huraikan jenis - jenis ucapan dan format ucapan? Sediakan satu teks ucapan khalayak.Ucapan ialah kata-kata yang diucapkan bergantung kepada acara tertentu, misalnya mesyuarat, perasmian, kempen, dan amanat. Ciri-ciri ucapan yang baik ialah ada kesatuan idea : pengenalan, isi dan penutup. Sapaan dalam pembukaan hendaklah mengikut keutamaan atau kekananan. Isi disusun mengikut urutan dan koheran. Di bahagian penutup hendaklah diulang idea utama. Sila rujuk buku-buku yang menjelaskan lebih lanjut tentang penyediaan teks ucapan.Makna01.04.2007

Kembali ke atas