Hi DBP, Di Zurich, kami baru sahaja memperkenalkan terma baharu untuk ejen dan konsultan kami iaitu 'Wealth Planner'. Terdapat beberapa pilihan dalam BM yang kami kini sedang pertimbangkan: 1) Perancang Kekayaan 2) Perancang Harta 3) Perancang Harta Kekayaan Bolehkah DBP nasihati kami berkenaan ini. Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi wealth ialah kekayaan seperti yang digunakan dalam istilah cukai kekayaan, komposisi kekayaan dan pengagihan kekayaan. Oleh yang demikian, perancang kekayaan boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2018 |
saya ingin mengetahui apakah definasi bagi perkataan ekonomi | Ekonomi bermaksud ilmu berkenaan dengan pengeluaran produk, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan (sama ada dalam negeri atau luar negeri); sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan,dll); berkaitan dengan keadaan kekayaan; urusan tentang perbelanjaan dan perkhidmatan individu, keluarga, syarikat, dan negara; dan berkaitan dengan penghematan. | Makna | 09.03.2008 |
Salam sejahtera! Yang mana satu betul: ku ingin/kuingin mencari kekayaan. Bagaimana pula dengan contoh ini: kumencarimu/ku mencarimu/kumencari mu? Terima kasih! | Untuk makluman, kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Untuk kata ganti nama diri “ku” (kependekan aku), boleh digunakan dalam 3 keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kuingin, kubaca, kudengar, kulihat, kupegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku. 3) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata nama yang mengikutinya. Contoh rumahku, kekasihku, adikku. Manakala, bagi kata ganti nama diri singkatan “mu” pula (kependekan kamu) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya mencarimu, kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah “kuingin mencari kekayaan” dan “aku mencarimu” | Tatabahasa | 16.06.2020 |
Ada di antara mereka yang inginkan kekayaan dengan cara cepat, mudah terpedaya oleh tipu helahnya. munsyi, adakah inginkan gramatis dalam ayat ini? inginkan atau ingin akan. TK | Penggunaan perkataan inginkan dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 15.05.2012 |
Creating Wealth Through Innovation | Menjana Kekayaan melalui Innovasi | Istilah | 08.03.2011 |
1)Pemanasan global yang berlaku adalah akibat daripada kekhilafan dan kesalahan manusia yang sangat begitu rakus sekali membaham segala-galanya kekayaan yang ada demi untuk memenuhi tuntutan duniawi. 2)senaman adalah salah satu daripada aspek yang termat penting sekali di dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang.Apa yang perlu kita tahu terdapat pelbagai rawatan-rawatan untuk kesakitan kronik itu seperti makan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan adalah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan makeup untuk menutup kulit yang rosak yang sekaligus tidak diperlukan oleh kita menghabiskan banyak wang dan masa 4)guru sehahrusnya dapat mempamirkan sepenuhnya komitmen yang dengan seikhlas mungkin.murid-murid boleh menilai diri guru samada pengajaran yang guru lakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja di samping mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati. | Berikut ayat yang telah disemak. 1)Pemanasan global yang berlaku merupakan kesan daripada kekhilafan manusia yang sangat rakus sekali membaham semua kekayaan yang ada demi memenuhi tuntutan duniawi. 2)Senaman ialah salah satu daripada aspek yang amat penting sekali dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang. Kita perlu mengetahui terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit kronik itu seperti memakan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Apabila menyentuh mengenai kecantikan, tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan ialah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan mekap bagi menutup kulit yang rosak serta mengelakkan pembaziran banyak wang dan masa. 4) Guru seharusnya dapat mempamerkan sepenuh komitmen dengan ikhlas. Murid-murid boleh menilai guru sama ada pengajaran yang diberikan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja atau mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati. | Tatabahasa | 04.03.2013 |
Walaupun Marlia berasal daripada keluarga yang kaya tetapi dia tidak bersikap sombong kerana kekayaan keluarganya itu. munsyi, apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk menggantikan kerana? TK | Perkataan kerana boleh digantikan dengan perkataan dek atau oleh dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.04.2012 |
Meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi serta 1 Malaysia di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat. | Saudara, Tiada soalan dikemukakan. Sila jelaskan kemusykilan saudara. | Lain-lain | 09.11.2010 |
Makna Perumpaan Bak Bujang Jolong Keris | Bak bujang jolong keris bermaksud orang yang sombong kerana kekayaan yang baru diperoleh. | Lain-lain | 13.03.2008 |
Mohon terjemah istilah berikut :- 1. In its own right 2. Wealth 3. In Kind 4. Adjusted | wealth - kekayaan; in kind - dalam bentuk benda/barang; adjusted- disesuaikan; diselaraskan. Ungkapan in its own right membawa maksud pun. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan, halaman 1352. | Lain-lain | 06.03.2008 |