Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal kecoh (heboh, bising), keriuhan: Nahidah tidak mahu ~ berlaku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keadaan atau suasana kecoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecoh2 (adjektif)
Bersinonim dengan heboh, bising, riuh, gamat, gempar, hingar, huru-hara, kacau-bilau, kelam-kabut, gaduh, gegak-gempita;,
Kata Terbitan : mengecohkan, kekecohan,

Peribahasa

134

Between the devil and the deep blue sea

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Bilakah kita menggunakan i) di majlis/acara; ii) dalam majlis/acara? Adakah contoh-contoh berikut betul: a) Ahli parlimen itu telah berucap di majlis tertutup itu. b) Kekecohan berlaku dalam majlis akad nikah apabila pengantin pengsan. 2. Yang mana satukah betul: a) Liana melarikan diri dari penculiknya, atau b) Liana melarikan diri daripada penculiknya. Terima kasih dan salam takzim.Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah "dalam  majlis".  Oleh itu ayat yang  betul ialah a). Ahli parlimen itu telah berucap dalam majlis tertutup itu. b) Kekecohan berlaku dalam majlis akad nikah apabila pengantin (perempuan/lelaki) pengsan. 2.  b) Liana melarikan diri daripada penculiknya. Tatabahasa04.06.2021
Sila perbetul ayat ini jika ada kesalahan tatabahasa. 1. Penduduk kampung beratur dengan tertib ketika mengambil makanan dan minuman agar tidak berlaku kekelamkabutan.Ayat yang diberikan kurang tepat dari sudut tatabahasa atau tidak gramatis.  Jika perkataan kekelamkabutan itu ditukar kepada kekecohan baharulah tepat.  Sekiranya ingin menggunakan perkataan kelam-kabut ayatnya akan berbunyi "Penduduk kampung beratur dengan tertib ketika mengambil makanan dan minuman agar majlis itu tidak kelam- kabut.Tatabahasa08.09.2014

Kembali ke atas