Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.cua.lian] | ککچوالين

Definisi : sesuatu yg me­nyimpang (berlainan, terasing) drpd yg umum dll, sesuatu yg dibebaskan (terkeluar, terasing) drpd sesuatu peraturan (ketentuan dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ke.cua.lian] | ککچوالين

Definisi : keadaan berkecuali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecuali (kata tugas)
Bersinonim dengan melainkan, selain, lain daripada, hanya, namun, tetapi;,
Kata Terbitan : berkecuali, mengecuali, mengecualikan, terkecuali, kekecualian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KENAPA BERLAKU KEKECUALIAN HUKUM D-M? APAKAH FAKTOR KEKECUALIAN HUKUM D-M BERLAKU? KESILAPAN UMUM DALAM KEKECUALIAN HUKUM D-M?Kekecualian peraturan Hukum D-M iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan terutama pada nama-nama jawatan. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa16.01.2013
Mengapa Hukum D-M ada kekecualian? Contohnya : Perdana Menteri sepatutnya Menteri PerdanaHampir semua bahasa di dunia da kekecualian. Bahasa Inggeris mempunyai lebih banyak kekecualian berbanding dengan bahasa Melayu. Kekecualian Hukum D-M berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 377.Tatabahasa11.07.2012
Assalamualaikum...saya inginkan pendapat pihak tuan berkaitan RUMUS KEKECUALIAN yang digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh penggunaan dalam kata majmuk bentuk yang telah mantap. Istilah frasa 'bentuk yang telah mantap' saya fahami sama juga seperti RUMUS KEKECUALIAN. Namun saya sudah mencari banyak sumber tentang rumus berkenaan tapi masih gagal. Rumus ini juga digunakan untuk istilah Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Adakah jawapan 'sudah mantap / sudah menjadi kebiasaan / sudah diterima pakai' menjadi jawapan kepada RUMUS KEKECUALIAN itu? Mohon pencerahan. BJB!Assalamualaikum...saya inginkan pendapat pihak tuan berkaitan RUMUS KEKECUALIAN yang digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh penggunaan dalam kata majmuk bentuk yang telah mantap. Istilah frasa 'bentuk yang telah mantap' saya fahami sama juga seperti RUMUS KEKECUALIAN. Namun saya sudah mencari banyak sumber tentang rumus berkenaan tapi masih gagal. Rumus ini juga digunakan untuk istilah Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Adakah jawapan 'sudah mantap / sudah menjadi kebiasaan / sudah diterima pakai' menjadi jawapan kepada RUMUS KEKECUALIAN itu? Mohon pencerahan. BJB!

Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Senarai kekecualian dalam bahasa Melayu termaktub dalam buku pegangan untuk tatabahasa bahasa Melayu iaitu Tatabahasa Dewan. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tidak ada rumus kekecualian,  yang ada cuma senarai kekecualian seperti yang  disenaraikan dalam Tatabahasa Dewan, dinyatakan kekecualian kerana tidak mengikut rumus dalam Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa19.04.2013
Adakah terdapat kekecualian yang membolehkan kata sendi berada di hadapan kata kerja. Contoh: Kita perlulah sentiasa membersihkan longkang untuk mengelakkan longkang daripada tersumbat. Jika tidak boleh, apakah cadangan ayat yang tepat untuk ayat di atas.

Ayat yang betul ialah “Kita perlulah sentiasa membersihkan longkang untuk mengelakkan longkang tersumbat.”


Tatabahasa23.07.2024
Adakah terdapat kekecualian yang membolehkan kata sendi berada di hadapan kata kerja. Contoh: Kita perlulah sentiasa membersihkan longkang untuk mengelakkan longkang daripada tersumbat.
Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan di hadapan kata atau frasa nama. Contohnya, di, bagi, ke, dari, demi, untuk, kepada, dan dengan. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, perkataan "untuk" merupakan kata hubung keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama dalam ayat majmuk. Selain itu, kata sendi nama "daripada" hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.



Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2015), halaman 265 dan 518.

Tatabahasa15.07.2024
Perbezaan penggunaan kekecualian dan pengecualian.

Menurut data kami, maksud kekecualian ialah sesuatu yang me­nyimpang (berlainan, terasing) daripada yang umum dan lain-lain, sesuatu yang dibebaskan (terkeluar, terasing) daripada sesuatu peraturan (ketentuan dan sebagainya) manakala pengecualian bermaksud 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dari kebiasaan (sesuatu peraturan dan lain-lain); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kepada atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dan sebagainya): satu persidangan negara-negara untuk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. 

Makna26.12.2017
mengapakah perkataan ternak tidak menjadi menernak sepertimana dalam contoh-contoh ini..tembak-menembak,timbus-menimbus,tukul-menukul..sebaliknya ternak jadi "menternak"Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Perkataan ternak - menternak - penternakan ialah sebahagian daripada kelompok kekecualian dalam bahas Melayu.Tatabahasa23.04.2012
Mengapa dalam bahasa Melayu wujudnya kekecualian contohnya dalam hukum DM.Misalnya Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Mengapa DBP tidak berpaksikan hukum DM dalam bahasa Melayu tanpa mengambil kira kebiasaan penggunaannya dalam masyarakat.Memang perkataan Perdana Menteri telah mantap tetapi banyak lagi perkataan/frasa dalam bahasa Melayu yang acap digunakan tetapi dianggap lewah. Contohnya jeruk mempelam (mempelam jeruk),penghawa dingin (pendingin hawa), uji pandu (pandu uji) dll

Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Penyaman udara atau pendingin hawa ialah istilah khusus yang dibina oleh Jawatankuasa Istilah yang terdiri daripada kalangan pakar bidang berkenaan.  

Tatabahasa24.07.2011
Salam sejahtera. Senaraikan 16 pola kekecualian keselarasan huruf vokal serta contoh penggunaan setiap pola pada perkataan Daripada, rajes

Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut.   Kata serapan daripada bahasa Arab/Inggeris/nusantara kebiasaannya tidak mengikut pola keselarasan vokal, kata serapan ini ada pola khas untuk mengejanya.

Saudara boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (halaman 10-14).

Tatabahasa23.01.2013
Assalamualaikum Setakat ini DBP membenarkan kata kerja transitif (KKT) 'merujuk' sahaja boleh digandingkan dengan KSN 'kepada' sebagai satu kekecualian. Bagaimanakah pula dengan KKT lain yang juga sering digandingkan dengan KSN seperti memacu kepada pembangunan negara, membawa kepada zina dan sebagainya. Bagaimanakah DBP melihat isu ini? Adakah masih dibenarkan?Berdasarkan korpus, penggunaan "membawa kepada" dan "memacu kepada" banyak digunakan dalam penulisan. Penggunaan  frasa ini lazimnya terpengaruh dengan bentuk bahasa Inggeris yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Penggunaan tersebut kurang tepat dari aspek tatabahasa Melayu. Para pengguna bahasa boleh menggunakan "boleh menyebabkan zina" , "memacu pembangunan negara", "menyebabkan tingkah laku ganas" dan lain-lain dengan menggugurkan KSN kepada.Tatabahasa23.09.2019
123456

Kembali ke atas