Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.khi.la.fan] | کخلافن

Definisi : kesalahan (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dll), kekeliruan, kesilap­an: beberapa ~ yg terdapat dlm laporan itu telah dibetulkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
khilaf (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan salah, keliru, silap;,
Kata Terbitan : terkhilaf, kekhilafan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah itu kekhilafan bahasa?Kesalahan, kekeliruan, kesilapan dalam bahasa.Makna26.05.2009
1)Pemanasan global yang berlaku adalah akibat daripada kekhilafan dan kesalahan manusia yang sangat begitu rakus sekali membaham segala-galanya kekayaan yang ada demi untuk memenuhi tuntutan duniawi. 2)senaman adalah salah satu daripada aspek yang termat penting sekali di dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang.Apa yang perlu kita tahu terdapat pelbagai rawatan-rawatan untuk kesakitan kronik itu seperti makan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan adalah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan makeup untuk menutup kulit yang rosak yang sekaligus tidak diperlukan oleh kita menghabiskan banyak wang dan masa 4)guru sehahrusnya dapat mempamirkan sepenuhnya komitmen yang dengan seikhlas mungkin.murid-murid boleh menilai diri guru samada pengajaran yang guru lakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja di samping mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.Berikut ayat yang telah disemak.

1)Pemanasan global yang berlaku merupakan kesan daripada kekhilafan manusia yang sangat rakus sekali membaham semua kekayaan yang ada demi memenuhi tuntutan duniawi.

2)Senaman ialah salah satu daripada aspek yang amat penting sekali dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang. Kita perlu mengetahui terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit kronik itu seperti memakan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti.

3)Apabila  menyentuh mengenai kecantikan, tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan ialah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan mekap bagi menutup kulit yang rosak serta mengelakkan pembaziran banyak wang dan masa.
 
4) Guru seharusnya dapat mempamerkan sepenuh komitmen dengan ikhlas. Murid-murid boleh menilai guru sama ada pengajaran yang diberikan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja atau mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.
Tatabahasa04.03.2013
Biasanya perkataan "akan" ini akan dipendekkan dan disambung pada kata adjektif yang di depannya, seperti: i.Wanita itu amat rindukan anaknya. ii. Saya amat sayangkan kamu. Daripada ditiadakan perkataan "akan", adalah lebih baik digantikan dengan perkataan "pada" atau "terhadap" (terutama antara kata diri pertama dan kedua). Mohon diperbetulkan jika ada kekhilafan daripada fakir yang kurang ilmu ini."Kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.Tatabahasa20.08.2013

Kembali ke atas