KEKOSONGAN JAWATAN DI DBP | Sdr, Sekiranya terdapat keperluan untuk mengisi sesuatu jawatan kosong, kami akan mengiklankannya melalui akhbar utama berbahasa Melayu iaitu akhbar Mingguan Malaysia dan juga disiarkan melalui laman sesawang DBP. Sdr. boleh menyemak iklan tersebut dan sekiranya berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan sdr bolehlah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kami, atau datang untuk mengambil sendiri di Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KL atau mengehantar sampul surat bersetem RM0.40 berukuran 38cm x 25cm dan beralamat sendiri ke alamat seperti yang dinyatakan di atas. Pastikan permohonan sdr. sampai kepada kami pada atau sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di dalam iklan. | Lain-lain | 10.11.2009 |
Apa kekosongan jawatan terdapat di DBP? | Sdr, Kami menjadualkan untuk mengiklankan jawatan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan) Gred N17 dalam masa terdekat ini. Sila layari laman web DBP atau membaca akhbar mingguan utama dalam tempoh terdekat ini. Terima kasih. | Lain-lain | 26.02.2009 |
borang kekosongan jawatan | Borang jawatan kosong boleh di cetak dari laman web DBP atau datang terus ke Bahagian Pengurusan Personel DBP untuk mendapatkan nya. | Lain-lain | 24.11.2007 |
Mohon pertanyaan sekiranya pihak DBP ada kekosongan jawatan / pengambilan kakitangan khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan kos Pengajian Melayu. Mohon pihak DBP untuk menghubungi saya semua. Sekian Terima Kasih. | Kekosongan jawatan kosong dalam bidang berkaitan di iklankan dari semasa kesemasa dalam akhbar tempatan dan juga laman web DBP.Mohon disemak. | Lain-lain | 05.12.2007 |
Merujuk kepada iklan kekosongan DBP di https://mobile.twitter.com/dbpmalaysia/status/1429982572566650904 , bolehkah perkataan taraf perkhidmatan ditukar kepada tahap perkhidmatan? Adakah taraf dan tahap membawa maksud yang sama? | Penggunaan taraf perkhidmatan dalam iklan kekosongan jawatan DBP adalah betul. Kata taraf yang digunakan dalam konteks ini bermaksud menarafkan, meletakkan atau menempatkan mengikut taraf perkhidmatan. | Lain-lain | 30.04.2022 |
Assalamualaiukm DBP 1. Saya ingin bertanya, adakah terdapat sebarang kekosongan jawatan terkini di DBP? 2. Bilakah tarikh keputusan temuduga untuk jawatan tetap (Perancang Bahasa S41) iklan 3/2020 akan diumumkan kepada calon temu duga? Bagaiamana calon dapat tahu berjaya/gagal? Mohon respon Tuan, tk. | Salam sejahtera. KEKOSONGAN JAWATAN DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa, pada masa ini Dewan Bahasa dan Pustaka belum ada kekosongan jawatan. Walau bagaimanapun, tuan bolehlah menyemak maklumat berkenaan iklan kekosongan jawatan ini melalui laman web DBP: http://lamanweb.dbp.gov.my/ dari semasa ke semasa. Dimaklumkan juga bahawa keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 masih diperingkat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan sama ada calon temu duga berjaya atau simpanan atau tidak berjaya, akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan temu duga juga akan dimaklumkan melalui e-mel tuan/puan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 04.06.2021 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, pihak DBP JB ada mengiklankan kekosongan jawatan tak? | Pihak tuan boleh sentiasa merujuk laman web DBP atau boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia DBP berkenaan iklan kekosongan jawatan DBP. Nombor telefon: 03-21479292. Terima kasih. | Lain-lain | 22.02.2018 |
saya ingin bertanya dewan bahasa dan pustaka ada kekosongan jawatan yang perlu di isi ke | Salam, Pada masa ini tiada jawatan kosong yang dibuka untuk permohonan. Sila layari laman web DBP atau akhbar tempatan utama berbahasa Melayu dari masa ke masa untuk mengetahui kekosongan jawatan di DBP. Terima kasih. | Lain-lain | 03.02.2009 |
Ata'ain Safinaz 13:43 Assalamualaikum.sy Safinaz pelajar Uia (postgrad) yg sedang cuti semester ketika ini..boleh sy tahu adakah ada kekosongan kerja /pembantu booth utk PBAKL 2017? | Wassalam, Untuk maklumat puan/cik, tiada kekosongan kerja untuk jawatan reruai DBP PBAKL 2017. | Lain-lain | 26.04.2017 |
salam tuan, saya ingin tanya, adakah pihak DBP memerlukan pengisian kekosongan jawatan. Saya pelajar tahun akhir jabatan sejarah dan tamadun islam, Universiti Malaya yang akan bergraduasi pada bulan 10 tahun hadapan. Disebabkan pengajian saya tujuh semester, jadi sementara menunggu graduasi sepanjang kira-kira 9 bulan, saya sangat berminat untuk bekerja di DBP terutamanya dalam bidang penyelidikan. Saya amat meminati sejarah khususnya sejarah dan tamadun islam. Jadi saya sekadar ingin bertanya tentang apa2 kekosongan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan kemahiran saya. | Rajin-rajin lah melayari laman seswang DBP dan bacalah akhbar arus perdana untuk iklan jawatan kosong. | Lain-lain | 18.12.2013 |